Oleh pada 08 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof

Filem arahan Syamsul Yusof, Munafik 2 terus menggila apabila mencipta rekod sebagai filem Melayu dengan kutipan terpantas, kini RM30 juta dalam 10 hari tayangan sahaja!

Berita itu diwar-warkan Syamsul menerusi laman Instagramnya sebentar tadi, lalu mengucap penghargaan kepada penonton yang mengangkat ia sebagai fenomena.

makin menggila ini kutipan munafik 2 selepas 10 hari tayangan 2

Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof

"Suatu fenomena luar biasa sinema Malaysia. Alhamdulillah dan terima kasih. Majulah industri filem Malaysia," tulisnya.

Terdahulu, naskhah seram ini mencipta sejarah dengan rekod pungutan RM2.05 juta pada tayangan awal, RM3.6 juta pada hari pertama, diikuti RM21.6 juta di hari keempat.

Jelas Penerbit Skop Production iaitu Datuk Yusof Haslam, kutipan itu meliputi tayangan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura.

Munafik 2 dibintangi antaranya Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz dan Mawi.

Ia menelan kos penerbitan sebanyak RM2.8 juta.

Sebelum ini, filem pertama Munafik pada tahun 2016 mendapat jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM17 juta.




Hakcipta iluminasi.com (2017)