Kredit foto: mstar.com.my

Sebelum ini Nabila Huda ada membuat kenyataan beliau tidak akan muncul dalam filem sekuel Munafik kerana akan terlibat dalam drama bersiri sebanyak 100 episod bermula April ini. Ujarnya, dia terlebih dahulu telah menolak tawaran yang diberikan Syamsul, di samping memberitahu dia ada mendengar khabar angin Maya Karin bakal terlibat dalam filem tersebut. 

Bagaimanapun, lain pula kisahnya di sebelah pihak pengarah iaitu Syamsul Yusof. Menurut Syamsul, Nabila tidak menolak tawaran yang diberikan sebaliknya dia sendiri yang tidak mengambil Nabila untuk membintangi filem tersebut kerana watak Maria sebelum ini sudah mati. 

Syamsul turut mengesahkan Maya Karin bakal muncul sekaligus menjadi tunjang utama Munafik 2. 

Berikut kenyataan Syamsul: 

Nabila tak berlakon bukan sebab dia menolak, tapi saya tak ambil. Saya juga yang memilih Maya dan ia memang betul. Saya tak terkejut pun dengan keputusan ini kerana saya juga yang menulis skripnya. Watak Maria memang sudah dimatikan dan tak boleh disambung.  

Sumber: Harian Metro

Walaubagaimanapun menurut Syamsul, watak Maria masih diperlukan tetapi hanya untuk beberapa babak imbas kembali dan akan dilakonkan oleh pelakon lain. 

Filem Munafik mencatat sejarah industri perfileman tempatan apabila mecapai kutipan tertinggi setakat ini iaitu RM19 juta. Terdahulu, Syamsul Yusof mengumumkan filem tersebut akan muncul dalam versi sekuel. 

Sumber berita: myartis.com 




Hakcipta iluminasi.com (2017)