Oleh pada 29 May 2017 kategori

rumah tangga didakwa bergolak ini kenyataan nabila huda 1

Kredit foto: Youtube BuahmulutCom 

Gara-gara jarang berkongsi gambar bersama suami di akaun Instagram, pelakon Nabila Huda didakwa ramai sedang menghadapi pergolakan rumah tangga.

Enggan timbulnya salah faham, Nabila tampil memberikan penjelasan.

rumah tangga didakwa bergolak ini kenyataan nabila huda 2

Kredit foto: Instagram Nabila Huda

Tak mahulah sering berkongsi gambar bersama suami nanti ada pihak yang naik ‘muak’ kerana sering menayang kebahagiaan, namun ia bukan bermakna saya menyembunyikan apa-apa. Sekiranya ada masa indah atau saya rasa hendak bergambar bersama suami, jadi adalah. Kalau tidak, saya lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya dan teman rapat. Kalau diikutkan, saya juga kini lebih gemar meluangkan masa kualiti bersama keluarga dan suami di rumah. Lagipun, memang sejak dulu lagi saya lebih suka berkongsi mengenai kerjaya.

Sumber: BH Online

Sebetulnya jika anda adalah pengikut tegar Instagram Nabila, anda pasti sedar dengan sikap profesional Nabila. Nabila sememangnya antara selebriti yang tidak gemar mencanangkan kisah peribadi berbanding kerjaya. Jika adapun tentang hal peribadi, beliau lebih suka berkongsi gambar anaknya, Keisha.

Bagaimanapun ini bukanlah kali pertama rumah tangga pelakon filem Munafik itu didakwa bergolak. Sekitar tahun lalu, isu tersebut pernah menjadi bualan sehingga ada yang mengatakan Nabila terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan demi menyelesaikan kemelut rumah tangga yang dihadapi. Pun begitu, Nabila tampil menafikan dakwaan yang tersebar.

rumah tangga didakwa bergolak ini kenyataan nabila huda 3

Kredit foto: Instagram Nabila Huda 


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)