Oleh pada 30 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Mawi

Munafik 2 merupakan sebuah filem seram arahan sutradara terkemuka, Syamsul Yusof.

Filem kesinambungan 'Munafik' yang terlebih dahulu ditayangkan pada tahun 2016, telahpun menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai hari ini, 30 Ogos 2018.

lirik lagu menangislah syamsul yusof mawi 2

Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof

Antara nama-nama yang menjayakannya ialah Syamsul Yusof, Fizz Fairuz, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Mawi, Rahim Razali dan Weni Panca.

Sementara itu, lagu tema filem ini berjudul 'Menangislah' merupakan ciptaan Syamsul Yusof sendiri, manakala liriknya ditulis beliau bersama sepupunya, Dr. Anwar Fazal.

Ia sekali lagi menggandingkan pasangan duo, Syamsul Yusof dan Mawi, selepas 'Kalah Dalam Menang' yang juga merupakan lagu tema filem Munafik pada 2016.

Adakah 'Menangislah' mampu menandingi atau setara popularitinya sebagaimana 'Kalah Dalam Menang'? Sama-sama kita nantikan.

Video muzik lagu ini telahpun dimuatnaik buat pertama kalinya di laman Youtube pada malam tadi.

Berikut kami kongsikan lirik penuhnya.

OST FILEM MUNAFIK 2

TAJUK : Menangislah

ARTIS : Syamsul Yusof & Mawi

KOMPOSER : Syamsul Yusof

LIRIK : Syamsul Yusof & Dr. Anwar Fazal

ARRANGER : Wan Saleh

TERBITAN : Monkey Bone

MUZIK VIDEO : Zalhilman Ismail (@themalayatv)

[LIRIK]

Oh tuhanku

Aku mengadu

Jangan kau serahkan aku pada diriku

Oh tuhanku

Sesungguhnya aku tidak mampu dengan ujianmu

Bantulah aku

Kemaafan kamu,lebih luas dari lautanMu..

Menangislah

Wahai mata

Demi tuhanmu

Tiap hari kau berjalan dengan penuh sombong alpa.Kau langsung tak peduli dengan kalamnya si Dia.Menunggumu datang menyembah kau sujud padaNya.

Mengapa,manusia,kau buat2 lupa?

Neraka atau syurga seakan tiada.Segalanya tipu daya dunia yg benar kata dusta.Fitnah dajjal bakal tiba.Menangislah wahai mata..aku rindu naunganNya takbir yeah!

Allahuakhbar oh Allahuakhbar ya Tuhan

(Subhanallahwalhamdulillah) Allahuakhbar oh Allahuakhbar ya Tuhan.

Ku tanya berbaloikah ini semua? Duit.Harta.Pangkat.Wanita.Penyakit jiwa.Hina disisinya.Nauzubillah.

(Oh kerana dunia)

Kerana dunia engkau campakkan semua? Mana pergi Dia juga akhirat didalam jiwa? Bayangan ketakutan segala dosa dan dajal bakal tiba.Apa kau lupa aku kamu cuma hamba.Derita seksa menanti dineraka.

(Repeat Chorus)

Air mata darah denyut nadi manusia.Air mata tumpah bila malam datang menjelma.Azan Masjid Al Aqsa bagai hampir kurasa.Malangnya, mengapa manusia (kau buat2 lupa)

God bless palestine god bless syria.God bless us all..we gotta say Alhamdulillah.Yes i do this for the ummah.

Iluminati hey,the devil eye.Back off ! Let me say this loud!

(Repeat chorus)

Dunia bagai memijak bara..

Dunia pagar syurga neraka..

Dunia membuta mata hamba..

Dunia..menangislah wahai mata..

Kau menangis kerna siapa?

Oh oh

Kerna dia atau dunia?

Oh oh

Menangislah selagi daya.

Oh oh

Jangan mati selagi kau masih bernyawa.

Sumber lirik: Youtube Monkey Bone




Hakcipta iluminasi.com (2017)