Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof 

Kebanjiran akaun Instagram palsu anak kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Syaikhul Islam membuatkan Syamsul nekad membuka akaun rasmi untuk anaknya itu.

Syamsul mengumumkan berita tersebut menerusi sebuah kiriman terbaru di laman Instagramnya.

syamsul yusof buka instagram anak 2

Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof

Sebenarnya niat ayah tidak mahu buka Instagram untuk anak tapi terpaksa juga sebab banyak akaun palsu yang muncul. Jadi demi Syaikhul Islam ayah buatkan akaun yang rasmi @syaikhulislam2017. Mudah-mudahan akaun ini dipenuhi dengan perkongsian kebaikan dan dirahmati.

Sumber: Instagram Syamsul Yusof

Tinjauan kami mendapati selepas empat hari dibuka, sebanyak 17 ribu pengguna mengikuti akaun Syaikhul. Manakala sehingga kini Syamsul dan isteri telah memuatnaik enam keping foto comel anak mereka ke akaun tersebut. 

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan kecomelan Syaikhul. 

syamsul yusof buka instagram anak 3

Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof  

Terdahulu, Syamsul dan isteri, aktres Puteri Sarah Liyana dikurniakan cahaya mata sulung pada 19 April lalu. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)