Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia

Tidak dinafikan kehadiran dua hos Gegar Vaganza (GV4), Jihan Muse dan Nabil Ahmad di konsert akhir AF Megastar Ahad lalu berjaya memeriahkan suasana.

Apa yang turut menarik perhatian ialah bentuk tubuh Jihan dengan kandungannya yang sudahpun mencecah usia enam bulan.

Momen paling lucu menyaksikan aksi Nabil dan Jihan yang seperti biasa akan menyakat juri tetap AF Megastar, Datuk Ramli MS (Tok Ram).

Nampaknya perang mulut antara mereka bertiga akan berterusan sepanjang GV4 yang bakal memulakan siarannya pada 29 Oktober ini.

Menerusi laman Twitter, netizen melahirkan rasa teruja dengan kemunculan semula musim baru program itu. 

"Nabil dengan Jihan kuang hajo tak habih habih hahahahaha #afmegastar,” - @hiddenmiya

“Tak sabar GV4! Nak tengok ‘bickering’ antara Nabil, Jihan dan Tok Ram! #afmegastar,” - @amirahyasmin

“Kalau Nabil dengan Jihan dah masuk, ‘confirm’ Tok Ram kena hahaha #afmegastar,” - @noordaniel

“Comelnya Jihan bawa perut, terus ‘happening’ pentas #afmegastar, ‘Coming next’ #gegarvaganza4,” - @atiqahfarhani

12 bintang GV4 yang berentap ialah Hazami, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Aqasha, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, dan Ferhad.

Konsert GV4 ke udara setiap Ahad, jam 9 malam, disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria.




Hakcipta iluminasi.com (2017)