sebab mengapa coca cola di mcdonalds lebih sedap

Adakah anda pernah terfikir mengapa minuman Coca-Cola di McDonald's terasa lebih sedap berbanding yang lain? Jika anda peminat tegar rangkaian makanan segera McDonald's dan minuman berkarbonat Coca-Cola, pasti anda perasan kan?

Apakah rahsia Coke McDonalds ini? Anda tak keseorangan kerana ramai yang berasakan perkara yang sama dan perbezaan rasa ini bukan hanya dalam pemikiran anda tetapi memang benar-benar berbeza.

Sebab mengapa rasanya sangat berbeza adalah kerana McDonald's menjaga dan memberi perhatian yang lebih kepada Coca-Cola berbanding restoran-restoran lain.

mengapa coca cola di mcdonalds lebih sedap 248

Kedua-dua syarikat ini (McDonald's dan Coca-Cola) mempunyai hubungan yang tersangat rapat, maka mereka boleh bekerjasama dalam dari segi promosi dan produk baru.

Dan hubungan akrab ini adalah berbaloi setiap kali pelanggan menyedut Coca-Cola di McDonald's.

Semuanya bermula dengan pembungkusan di mana biasanya restoran-restoran lain menerima sirap mereka dalam beg plastik.

Pembungkusan sirap Coca-Cola yang istimewa

bekas keluli tahan karat yang mengandungi sirap coca cola milik mcdonalds

Namun, Coca-Cola melakukan sesuatu yang berbeza dan istimewa untuk McDonald's. Restoran ini mendapat sirap Coca-Cola yang dihantar dalam tangki keluli tahan karat.

Keluli tahan karat atau stainless steel mengekalkan kesegaran soda yang membolehkan lidah anda merasakan perbezaannya.

Sebaik sahaja sirap ini sampai di restoran, sirap ini tidak dibiarkan begitu sahaja.

Air yang segar dan penjagaan suhu yang ketat

Kedua-dua sirap dan air disejukkan terlebih dahulu sebelum disalurkan ke mesin minuman (dispenser) yang digunakan untuk mengisinya ke dalam bekas minuman.

McDonald's sangat mementingkan proses ini di mana mereka membelanjakan wang yang sangat banyak untuk mendapatkan sistem penapisan yang baik, bagi memastikan air yang dicampurkan ke dalam sirap Coca-Cola adalah air bersih yang segar.

dispenser minuman

Selain itu, restoran-restoran lain mungkin bergantung kepada dispenser untuk menyejukkan air Coca-Cola yang bersuhu suam.

Namun McDonald's menggunakan tiub berpenebat untuk menghantar air yang telah siap dibancuh ke dispenser, memastikan ia berada dalam suhu sesejuk yang boleh.

Perbezaan ini mungkin kelihatan seperti kecil, namun ia memberikan kelebihan kepada McDonald's dalam menyediakan air Coca-Cola yang anda idamkan.

Proses pengkarbonan yang baik

penyediaan minuman di mcdonalds

Bukan itu sahaja, air sejuk sebenarnya adalah lebih baik untuk pengkarbonan. Ketika air soda dipanaskan, karbon dioksida cenderung untuk terbebas dengan cepat.

Jadi, disebabkan air di McDonald's sentiasa dikekalkan dalam suhu sejuk, gas ini tidak terlepas dan memberikan rasa berkarbonat yang sangat kuat dalam Coca-Cola.

Walau bagaimanapun, McDonald's menyedari bahawa air Coca-Cola anda mula berubah daripada sangat menyegarkan kepada sedikit suam sebaik sahaja ia diisi ke dalam bekas minuman.

Nisbah sirap yang tepat

pelayan di mcdonalds

Dan sudah tentu untuk mengekalkan kesegaran, ketulan ais akan ditambah. Namun ini boleh menjadikan minuman tersebut sedikit cair, menjejaskan rasanya yang sebenar.

Untuk mengatasi masalah ini, syarikat ini memastikan bahawa mereka menggunakan nisbah sirap yang betul untuk membolehkan rasa minuman tersebut masih sama walaupun cair bersama-sama ais.

Perbezaan rasa yang disebabkan oleh cara penyediaan bukanlah satu-satunya perbezaan.

Penggunaan penyedut minuman berbeza

straw digunakan mcdonalds sedikit besar daripada biasa 750

McDonald's juga menggunakan straw agak berlainan daripada yang biasa digunakan. Straw yang mereka gunakan adalah sedikit lebar berbanding straw biasa, membuatkan rasa keseluruhan Coke boleh sampai ke deria rasa anda.

Namun, sesedap manapun dan sesegar mana sekalipun minuman Coca-Cola, anda perlu mengehadkan pengambilannya kerana ia sangat berbahaya untuk kesihatan.

Gula yang tinggi dalam Coca-Cola

gula dalam coca cola

Seperti yang semua orang sedia tahu, minuman ini mempunyai kandungan gula yang tersangat tinggi.

Dan gula dalam Coke ini adalah gula dari sumber yang murah (supaya kos rendah), iaitu sirap jagung tinggi fruktosa (High Fructose Corn Syrup - HFCS). Fruktosa adalah sejenis gula yang biasanya dijumpai dalam buah-buahan.

HFCS ini pula adalah gula yang diproses dari tepung jagung di mana glukosa dalam tepung jagung ini ditukar menjadi fruktosa.

bahaya high fructose corn syrup

Apa yang tidak bagus mengenai fruktosa ini adalah ia hanya boleh diproses oleh hati (liver), maka jika terlalu banyak diambil, maka hati anda terpaksa melakukan kerja yang banyak.

Tidak seperti glukosa, fruktosa ini tidak boleh digunakan oleh sel-sel dalam badan sebagai sumber tenaga.

Bukan sahaja tidak boleh digunakan sebagai sumber tenaga, malah ia akan menjadi toksin jika diminum dengan banyak kerana ia akan diproses menjadi lemak. Sebab itu orang yang sangat gemarkan minuman ini biasanya mengalami masalah berat badan atau obesiti.

Jadi sebelum minum tu beringat sikit ya terutama jika anda mempunyai masalah berat badan!

Rujukan:

1. RD

2. MSN

3. SU



Hakcipta iluminasi.com (2017)