Pada tahun 1992, bandar Mexico mengungguli tempat teratas sebagai bandar dengan pencemaran udara paling teruk di dunia. Sangat teruk, sehinggakan ianya adalah normal untuk melihat burung jatuh mati kerana kualiti udara yang sangat teruk ini. 

Menurut sesetengah pendapat, menghirup udara di bandar ini umpama menghisap dua kotak rokok sehari. Menyedari akan hakikat ini, kerajaan kerana telah memperkenalkan beberapa program atau pelan perancangan bagi membaik pulih kualiti udara di bandar Mexico.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mengehadkan kenderaan pada hari Sabtu

kesesakan trafik di mexico

Pada tahun 2008, kerajaan telah memperkenalkan satu undang-undang yang mengehadkan kemasukan kenderaan persendirian ke kawasan bandar pada hari Sabtu. Program ini dikenali sebagai Hoy No Circula. Ianya bertujuan untuk mengurangkan jumlah kenderaan yang digunakan, seterusnya mengurangkan pelepasan asap dari kenderaan pada hari Sabtu setiap minggu.

Program ini dibuat dengan anggaran dapat mengurangkan pencemaran sebanyak 15%. Malangnya, berdasarkan kajian yang dibuat program ini sebenarnya langsung tidak mempunyai kesan terhadap kualiti udara. Malah, sekiranya program ini diadakan 2 hari setiap minggu sekalipun, ianya tidak mempunyai sebarang kesan yang signifikan.

Kajian bertajuk "Saturday Driving Restrictions Fail to Improve Air Quality in Mexico City" itu dijalankan dengan membuat perbandingan kepekatan 8 bahan utama pencemaran sebelum dan selepas program ini dijalankan. Malangnya, tiada perbezaan yang ketara konsentrasi bahan pencemaran ini sebelum dan selepas program ini dijalankan.

Pelaburan untuk sistem pengangkutan awam

ecobici mexico 14

Kerajaan Mexico telah melakukan pelaburan besar dianggarkan sekitar $450 juta bagi menambah baik sistem pengangkutan awam. Kos ini termasuklah pembelian bas-bas yang lebih mesra alam sekitar dan pembinaan laluan-laluan bas baru yang lebih menyeluruh.

Selain pengangkutan awam, kerajaan juga ingin menggalakkan rakyat menggunakan basikal dengan membuat pelaburan dalam program sewa basikal yang dikenali sebagai EcoBici. EcoBici ini adalah mirip oBike di Malaysia di mana ianya mudah didapati dimana-mana sahaja.

Bagi menunjukkan komitmen serius kerajaan, Datuk Bandar Mexico juga telah menandatangani Chicago Climate Charter, bersama-sama dengan 50 Datuk Bandar dari seluruh dunia untuk menyatakan komitmen kerajaan mengurangkan pelepasan kes rumah hijau.

Polisi-polisi dan program-program yang diumumkan kerajaan berkaitan usaha mengembalikan kualiti udara di Mexico berjaya menjadikan rakyat lebih peka berkaitan alam sekitar. Malah, adalah menjadi kebiasaan bagi orang awam untuk menyemak kualiti udara setiap hari sepertimana mereka menyemak laporan kaji cuaca. Malah, menjelang pilihan raya pada masa akan datang, isu kualiti udara dijangka akan dijadikan modal penting bagi calon-calon yang bertanding.

Via Verde, projek tanaman menegak

via verde

Baiklah, kembali kepada tajuk utama. Apakah itu Via Verde? Via Verde secara ringkasnya adalah satu program penanaman tumbuh-tumbuhan di tiang-tiang lebuh raya bertingkat.

Melalui program ini, lebih 1000 tiang lebuh raya bertingkat telah ditransformasikan menjadi taman menegak. Oleh itu, kira-kira 600,000 kaki persegi telah ditanam dengan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kualiti udara, malah memberikan pemandangan yang menarik dan unik seolah-olah berada di taman.

taman menegak

Penanaman tumbuh-tumbuhan ini dijangkan dapat membekalkan oksigen kepada 25,000 orang setahun, menyerap 27,000 tan gas rumah hijau dan 5000 kg habuk dan debu. Secara umumnya, terdapat 3 sebab mengapa program ini unik dan patut diikuti di seluruh bandar di dunia termasuk Malaysia.

1. Tidak menggunakan sumber air bersih untuk mengairi tumbuh-tumbuhan - Kira-kira 500,000 tumbuh-tumbuhan yang ditanam ini hanya menggunakan air hujan sebagai sumber air. Dalam erti kata lain, tiada pembaziran menggunakan sumber air bersih untuk mengairi tanaman ini. Dengan taburan purata hujan yang banyak di Mexico, maka ianya tidak menjadi masalah untuk tumbuh-tumbuhan ini terus hidup.

2. Tidak memerlukan kawasan baru - Satu lagi kelebihan program ini adalah penanaman tumbuh-tumbuhan ini tidak memerlukan kawasan baru, sebaliknya hanya memanfaatkan sahaja kawasan yang ada yakni tiang-tiang lebuh raya bertingkat. Di Malaysia, kita juga mempunyai banyak lebuh raya bertingkat yang boleh dimanfaatkan.

3. Menggunakan bahan terpakai sebagai medium penanaman - Untuk program ini, botol-botol plastik telah dikitar semula dan dijadikan sebagai sebagai medium untuk penanaman tumbuh-tumbuhan ini. Ianya mempunyai ketumpatan dan beberapa ciri seperti tanah yang membolehkan tumbuh-tumbuhan ini terus hidup.

Sekiranya anda berminat dengan dokumentari ringkas mengenai Via Verde, sila tonton video di bawah ini.

Kredit:

  1. Huffington Post
  2. Phys.org
  3. Tech Times



Hakcipta iluminasi.com (2017)