Oleh pada 01 Sep 2018 kategori

Sebagai seorang yang glamor dan juga berbahaya, Sandra Ávila Beltrán telah berusaha keras untuk berada di puncak dunia penjenayah sehingga menjadi salah seorang dari ratu kartel.

Walaupun ketika ditangkap, dia tinggal di penjara dengan memakai pakaian pereka terkenal dan mempunyai beberapa orang gaji kerana kekayaan luar biasanya. Tidak perlu dipertikai lagi, samada di dalam penjara atau ketika berkuasa sebagai "Ratu Pasifik", Sandra telah melakukannya dengan bergaya sekali.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Membesar dengan gaya kartel

Sandra Ávila Beltrán dilahirkan di negeri Baja California, Mexico pada tahun 1960 kepada pasangan María Luisa Beltrán Félix and Alfonso Ávila Quintero. Bapanya mempunyai hubungan persaudaraan dengan pengasas Kartel Guadalajara.

wang tunai 762

Ini bermakna Sandra hidup di dalam kemewahan yang melampau. Namun, terdedah kepada kehidupan "narco" ini juga memberi kesan buruk kepadanya sejak dari kecil lagi. Pada seawal usia 13 tahun, dia telah menyaksikan seseorang ditembak mati di hadapannya.

Sandra pada asalnya tidak mempunyai niat pun untuk menyertai perniagaan keluarga, sebaliknya dia memilih untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang komunikasi di Universidad Autónoma de Guadalajara.

Akan tetapi impiannya untuk menjadi seorang wartawan dikatakan musnah apabila dia diculik oleh teman lelakinya sendiri (juga mempunyai pertalian rapat dengan Kartel Guadalajara) semasa dia berumur 21 tahun.

Sebab mengapa dia diculik atau berapa lama dia ditahan tidak begitu jelas tetapi apa yang pastinya kejadian itu telah mengubah haluan hidupnya selepas itu. Mungkin kejadian dia diculik itu membuka matanya betapa kuatnya pengaruh kuasa kartel ke atas kebanyakan orang di Mexico. Selepas itu dia telah berhenti belajar dan mula berjinak dengan perniagaan dadahnya sendiri.

Seorang wanita di dalam dunia lelaki

ratu kartel dadah mexico sandra vila beltr n 307

Perniagaan penyeludupan dadah di Mexico atau di mana sahaja biasanya dikuasai oleh lelaki. Namun begitu, Sandra Ávila Beltrán adalah salah seorang dari wanita yang menceburinya dan berjaya sampai ke puncak perniagaan ini.

Hakikatnya, kebanyakan wanita yang hidup bersama ketua kartel hanya berkhidmat untuk tujuan tertentu. Mereka dilayan seperti barang mainan yang boleh dibuang berbanding manusia sebenar. Mereka biasanya akan didera atau digunakan hanya apabila diperlukan.

Sandra memberitahu The Guardian pada tahun 2016, bahawa wanita di dalam kartel ini selalunya dilihat sebagai sebuah objek, bukan sebagai pendorong atau penyokong kepada kejayaan dan pencapaian seseorang itu.

Namun begitu, Sandra Ávila Beltrán adalah satu pengecualian yang unik. Dia bekerja keras berbanding kebanyakan lelaki agar dihormati sebagai ketua kartel. Dia sedar dan berhati-hati agar tidak menyalahgunakan kokain yang diniagakan.

temuramah sandra vila beltr n

Orang penting penyeludupan kokain

Dia sebaliknya menggunakan kecantikannya, kehebatan memandu serta skill menembaknya untuk memantapkan lagi kedudukannya dalam dunia pengedaran dadah di Mexico. Dia kemudiannya menjadi seakan seorang lagenda kartel di Mexico dan digelar sebagai "Ratu Pasifik".

Dia merupakan "orang penting" di antara ketua kartel di Colombia dan Mexico. Dia juga telah merancang penghantaran sebanyak bertan-tan kokain yang disembunyikan di dalam bot menangkap ikan tuna dari Mexico ke Amerika Syarikat selama bertahun-tahun lamanya. Sandra melakukan semua ini dengan begitu berhati-hati tanpa meninggalkan sebarang jejak yang boleh dikaitkan dengannya.

Namun, Sandra juga tidak dapat lari dari gaya hidup boros seorang ketua kartel. Dia telah menghabiskan wang jutaan ringgit seperti membeli koleksi kereta mewah sebanyak lebih dari 30 biji. Dia juga membeli kalung emas yang disaluti 83 batu delima, 228 berlian dan 189 batu nilam.

Dia juga seorang yang gemar berpesta. Sandra juga pernah digambarkan di dalam video muzik sebuah lagu popular “Fiesta En La Sierra” (pesta di pergunungan) yang menyebutkan "Ratu Pasifik, wanita yang berada di puncak dan orang penting dalam perniagaan" . Wataknya kelihatan sedang menaiki helikopter dan tiba di pesta puncak gunung sambil memegang sepucuk AK-47.

Kejatuhan Sandra Ávila Beltrán

sandra avila beltran

Sudah semestinya, setiap kuasa dan glamor yang datang bersama kehidupan ketua kartel yang terkenal pasti akan ada saat bahayanya. 2 orang suami Sandra telah mati dibunuh manakala adiknya pula diseksa sehingga mati.

Sandra sendiri juga hampir kehilangan nyawa sendiri apabila diserbu oleh pihak musuh ketika berada di jalanan. Akan tetapi kejatuhannya bermula apabila anak lelakinya diculik pada tahun 2002 dan pihak polis menjadi curiga setelah Sandra dengan pantas membayar wang tebusan sebanyak $5 juta (RM20.5 juta).

Setelah mengetahui dia mempunyai wang tunai sebanyak itu di rumah, pihak polis Mexico telah mula memantau Sandra dan kegiatan haramnya — sehingga dia mengetahui bahawa dirinya menjadi orang yang paling dikehendaki dan mula melarikan diri daripada ditangkap.

Dia telah menghabiskan 5 tahun berikutnya sebagai seorang pelarian. Dia menceritakan sepanjang melarikan diri itu sebagai "sangat memenatkan". Akhirnya, dia telah berjaya diberkas pihak berkuasa.

sandra vila beltr n ditahan 991

Pada 28 September 2007, polis Mexico telah menahannya bersama Juan Diego Espinoza Ramírez di Mexico City. Setelah kepenatan untuk berada selangkah di hadapan pihak berkuasa sehingga menukar lokasi, identiti dan juga warna rambut, Sandra merasakan pengkapannya sebagai sesuatu yang "melegakan".

Namun begitu, pihak kerajaan Mexico tidak dapat menyabitkan sebarang kegiatan penyeludupan dadah ke atas Sandra kecuali penggubalan wang haram. 

Update 20 August 2022 : Sandra Ávila Beltrán sudah dibebaskan pada tahun 2015 dan kini hidup biasa-biasa saja di Guadalajara. Bermakna dia hanya dipenjara selama 8 tahun walaupun digelar sebagai ratu dalam kartel.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)