jaws

Peter Bradford Benchley dilahirkan pada 8 Mei 1840 di New York, Amerika Syarikat. Dia dilahirkan dalam keluarga sastera dan seni. Bapanya juga adalah seorang penulis manakala datuk dan adiknya adalah penulis dan pelakon. Dia mendapat pendidikan di Allen-Stevenson School, Phillips Exeter Academy dan Harvard University.

Selepas graduasi pada tahun 1961, Benchley mengembara ke seluruh dunia selama setahun. Pengalaman itu diceritakan dalam buku pertamanya berjudul Time and Ticket yang diterbitkan pada tahun 1964. Sekembalinya ke Amerika, dia menghabiskan tugas selama enam bulan di Kor Marin dan kemudian menjadi wartawan untuk The Washington Post.

Benchley adalah seorang pengarang yang agak muda ketika dia menerbitkan novel pertamanya pada tahun 1974. Walaupun tidak berpengalaman luas atau terkenal dalam bidang penulisan, karya pertamanya iaitu Jaws mendapat sambutan hangat. Ia membuatkan nama Benchley menjadi terkenal dalam sekelip mata walaupun masih muda.

peter benchley jaws

Credit : peterbenchleyoceanawards

Sebagai seorang wartawan dan penulis skrip untuk White House, Benchley sememangnya biasa menulis tentang 'jerung' besar dalam dunia politik. Setelah menulis kisah mengenai jerung sebenar yang berada di lautan, penulisannya mula menjadi imaginasi kepada pembaca di seluruh dunia.

Namun, kejayaan dan pengalaman yang dikecapi Benchley turut mempunyai kesan sampingannya. Buku Jaws yang mempunyai 278 muka surat itu telah diadaptasikan dalam filem oleh seorang pengarah muda iaitu Steven Speilberg. Filem itu berjaya menjadi filem blockbuster pertama Spielberg.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama kejayaan buku dan filem Jaws itu telah memberikan kesan buruk terhadap laut dan hidupan di dalamnya terutamanya kepada ikan jerung. Jaws telah mewujudkan suatu jenis ketakutan baru kepada penonton dan pembaca.

novel jaws

Ramai orang tidak lagi melihat lautan dengan pandangan yang sama selepas itu. Jika sebelum ini orang biasa berenang di lautan dengan perasaan tenang, kini ramai antara mereka yang takut diserang pemangsa primitif seperti yang ditonjolkan dalam buku dan filem. Pelakon dalam filem Jaws, Richard Dreyfuss, dalam salah satu adegan berkata bahawa jerung adalah mesin pemakan yang sempurna.

Benchley menyebut dalam artikel Smithsonian 2014, "Hari ini saya melihat lautan dari perspektif yang baru, bukan sebagai antagonis tetapi sebagai sekutu. Lautan mempunyai misteri dan keajaiban lebih daripada ancaman kepada manusia".

Ramai pakar yang mempersoalkan kuasa yang dibawa oleh filem dan buku Jaws terhadap tanggapan orang ramai. Kini, ramai beranggapan jerung adalah makhluk pendendam yang jahat. Sedangkan jerung adalah berkemungkinan besar akan berakhir sebagai makanan manusia terutamanya dalam penyediaan sup sirip jerung yang sering menjadi kontroversi.

filem jaws

Penggambaran Jaws 1975

Jauh daripada tanggapan orang ramai, realitinya agak berbeza. BBC pernah menyatakan bahawa sesetengah spesies jerung besar memang benar menyerang manusia tetapi hanya kira-kira 10 kematian setiap tahun. Biasanya serangan maut dilakukan oleh Jerung Putih, Jerung Lembu dan Jerung Harimau. Biasanya mangsa mati akibat trauma daripada kecederaan, bukan akibat dimakan jerung.

Salah satu daripada tanggapan yang lama diperkatakan bahawa jerung sering menyerang peluncur air kerana tersalah anggap mereka dengan anjing laut. Namun, idea ini dipertikaikan kerana beberapa pihak percaya jerung adalah pemangsa yang terlalu bijak untuk melakukan kesilapan sedemikian.

jerung putih

Jerung Putih. Credit : euronews

Pada tahun 2000, terdapat kira-kira 79% penurunan bilangan populasi Jerung Putih berdasarkan kajian yang dilakukan di Lautan Atlantik Barat Laut. Penulis Jaws iaitu Benchley juga melakukan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang jenayah terhadap jerung dan hidupan marin selama beberapa abad sehingga menyumbang kepada penerbitan dalam National Geographic.

Kini tanggapan manusia terhadap jerung bertambah baik tetapi keraguan yang serius masih wujud. Smithsonian pernah menulis bahawa daripada 476 spesies jerung yang dianalisis oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam bagi risiko kepupusan, hanya 276 spesies yang mempunyai data lengkap manakala 123 spesies lain dianggap berisiko tinggi menghadapi kepupusan.

peter benchley ketika tua

Peter Benchley. Credit : news-press

Siri filem Jaws juga berakhir pada penghujung tahun 80-an dengan filem terakhirnya Revenge. Dalam filem itu ia memfokuskan pada jerung yang sangat pendendam sehingga ia berenang ke Bahamas untuk membalas dendam terhadap manusia yang membunuh nenek moyangnya. Pada ketika itu Benchley sudah melakukan pelbagai kempen kesedaran sebagai seorang aktivis hidupan laut seperti Anugerah Lautan Peter Benchley yang diadakan setiap tahun.

Benchley cuba untuk membetulkan persepsi tentang jerung yang sering disalahtafsirkan. Dia sering menerangkan bahawa jerung bukanlah makhluk jahat dan buruk tetapi hanyalah makhluk alam semula jadi yang lapar. Benchley akhirnya meninggal dunia pada tahun 2006 akibat fibrosis pulmonari. 

Rujukan:

1. Narratively

2. Books Tell You Why

3. Vintage News



Hakcipta iluminasi.com (2017)