Kira-kira minggu lepas, telah tular di Facebook mengenai seorang yang berbangsa Arab yang ditangkap dan dipukul oleh orang ramai. Mengikut laporan, lelaki tersebut didapati merogol dan mencabul ramai wanita. Lelaki itu didakwa melakukan banyak kesalahan jenayah dengan berselindung menggunakan imej agama selain menggunakan gelaran palsu "Sheikh Toha' atau "Habib Abu Umar'.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Amat menjengkelkan apabila lelaki tersebut menggunakan imej seorang yang warak selain turut menggunakan gelaran Habib. Penggunaan gelaran Habib ini secara langsung telah menyebabkan golongan Habib difitnah oleh kebanyakan netizen yang pukul rata tanpa melakukan penyelidikan terlebih dahulu. Penyebaran gambar Habib Syech yang pernah mengadakan program selawat perdana bersama si penipu tersebut turut menyebabkan beliau difitnah, seolah-olah beliau mengenali lelaki tersebut.

habib taha

Bagi menjawab salah faham dan fitnah ini, Ustaz Muhammad Hazamin Bin Harun melalui laman Facebook beliau telah menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku ketiga program selawat perdana Habib Syech.


Assalamualaikum 

Berikutan penangkapan seorang lelaki arab yang menyamar dan mengaku sebagai seorang sheikh dan habib yang dituduh melakukan pelbagai jenayah dan penipuan, serta viralnya video dan kisah mengenai lelaki tersebut, saya ingin berkongsi satu peristiwa, yang mungkin ramai tidak tahu, yang mana menjadi fitnah kepada para habaib khususnya Habib Syech dan Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid.

Atas dasar cinta kami pada para ulama dan habaib dan mengelakkan fitnah terus tersebar yang mana gambar "Sheikh Toha' atau "Habib Abu Umar' bersama Habib Syech di atas pentas di Dataran Merdeka ini telah disebarkan sekali dengan kisah penangkapan lelaki arab tadi dan dalam masa yang sama seolah-olah semua para habaib dipukulrata sekali dengan fitnah penyamaran dan pemalsuan serta jenayah ini.

Pada malam tersebut kami turut berada di pentas. Sebelum naik ke pentas, kami telah mendengar berita bahawa ada ikhwan dari Singapura telah membuat amaran bahawa ada seseorang yg suka mengambil peluang ingin mengambil kesempatan ke atas majlis Habib Syech. Habib Syech sendiri telah meminta ahli rombongan beliau supaya berhati-hati dengan berita yang dimaklumkan ini.

Setelah program bermula, dengan tidak semena-mena, lelaki ini naik ke pentas sekali dan duduk di sebelah Habib Syech. Kerana program ini berlangsung secara live di Tv Al-Hijrah, maka Habib Syech tetap meneruskan majlisnya, walaupun saya dapat melihat dengan jelas riak muka Habib Syech yg kurang senang dan agak keliru dengan kemunculan lelaki arab tersebut.

Kami kemudian dimaklumkan, lelaki ini dapat menembusi kawalan dan naik ke pentas dengan menggunakan nama seorang Pemimpin besar tanahair, dia memberitahu dia datang atas jemputan VVIP.

Namun, pihak kru bertugas, telah mengambil peluang untuk naik ke pentas pada masa commercial break dan membawa lelaki tersebut turun semula dari pentas. Kami dimaklumkan bahawa kebetulan seorang ulama besar yang melihat siaran live program tersebut di TV Hijrah, telah menghantar mesej kepada ahli jemaah majlis memaklumkan supaya berhati-hati dengan lelaki ini dan minta ia di turunkan dari pentas.

Anda boleh melihat sendiri rakaman program Malam Cinta Rasul Dataran Merdeka ini yang mana lelaki arab tersebut hanya berada pada awal hingga pertengahan majlis, dan selepas iklan, beliau sudah tiada di situ.

Jadi, saya memohon agar kita semua tidak terlalu mudah menyebarkan sesuatu yang turut mengaitkan ramai pihak apatah lagi fitnahnya terkait dengan ramai ulama-ulama dan habaib yang kita hormati.

Sesungguhnya lelaki arab yang viral ini bukanlah dikalangan yang kami kenali, tidak pula dia selalu berada dalam majlis-majlis yang melibatkan para ulama dan habaib.

Semoga kita tidak menjadi ejen penyebar fitnah kerana kesusahan kita sendiri di padang Mahsyar nanti atas dosa-dosa kita sendiri sudah terlalu menyibukkan, jangan pula ditambah lagi dengan kesibukan dan kepayahan kita menyelesaikan hutang-hutang fitnah kita dengan para ulama dan habaib. Nauzubillahi min zaalik.




Hakcipta iluminasi.com (2017)