Apabila disebutkan perkataan 'fitnah', kebanyakan masyarakat Malaysia khasnya yang beragama Islam pasti terbayangkan dakwaan atau tuduhan yang dilakukan kepada seseorang, tanpa bukti berlandaskan kepada prinsip Islam itu sendiri.

Bagaimanapun dalam kerangka undang-undang dan peraturan negara kita, fitnah merupakan satu topik yang dititik beratkan serta mempunyai penjelasan yang agak mendalam bagi memperjelaskan pengertiannya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ramai sudah memahami fitnah daripada konteks agama Islam, jadi apa kata kita cuba memahami fitnah daripada segi konteks undang-undang negara kita pula kali ini.

Pengertian fitnah dalam sistem mahkamah

Dalam konteks undang-undang Islam, fitnah mempunyai beberapa kategori berbeza serta seringkali dikaitkan dengan hukuman jenayah hudud, kerana kedua-duanya seiring.

Antara kategori fitnah adalah qazaf sama ada qazaf muhsan (menuduh orang berzina), sabb (mencela) atau qazaf tashhir yang merujuk perbuatan seseorang memalukan atau mengaibkan orang lain.

Kes-kes fitnah kerap kali menyelubungi politik negara kita melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi.

Antara kes fitnah yang popular adalah kes Tun Musa Hitam menyaman fitnah penulis buku S.H. Alattas ekoran penerbitan buku 'Siapa Lawan Siapa?' pada tahun 1991.

Satu lagi kes fitnah melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berulang kali turun naik mahkamah berdekad lamanya, dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan segala dakwaan dan tuduhan ke atas beliau merupakan fitnah rekaan pihak tertentu.

Dalam konteks kedua-dua kes ini, kes mereka tidak dibicarakan di bawah mahkamah syariah tetapi sebaliknya dibicarakan di mahkamah sivil, walaupun fitnah dikatakan sebagai punca utama pertelingkahan timbul.

Bagaimana mahkamah sivil melihat kes fitnah?

Jenis fitnah dalam sistem mahkamah

tepuk dahi kerana kesan fitnah

Dalam sistem undang-undang sivil kita, kes fitnah dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu fitnah libel dan fitnah slander, dengan kedua-duanya mempunyai ciri-ciri kes yang berbeza.

Secara amnya kedua-dua kategori kes fitnah di mahkamah sivil boleh dibicarakan walaupun hanya berpandukan kepada bukti lisan saksi.

Ini bermakna sebarang bentuk fitnah yang dilakukan hanya secara oral dengan tujuan untuk memburukkan atau menjatuhkan reputasi seseorang, adalah layak untuk dibawa ke mahkamah.

Tidak ada syarat khas daripada pihak mahkamah dalam menentukan keperluan untuk fitnah berlaku secara fizikal atau digital, seperti dalam media cetak atau media elektronik misalnya - memadai sekadar pengakuan saksi bahawa aktiviti fitnah telah berlaku.

Perbezaan inilah yang akan menentukan bentuk perbicaraan yang akan dilakukan oleh pihak mahkamah.

Sekiranya sesuatu fitnah itu berlaku hanya dalam bentuk lisan/oral, kes itu dibicarakan sebagai kes fitnah slander. Sementara itu seandainya ada bukti fizikal atau digital menunjukkan fitnah berlaku, kes itu akan dibicarakan sebagai kes fitnah libel. ]

Daripada segi maknanya, 'libel' bererti sesuatu bentuk tulisan yang dibuat bagi memburukkan seseorang,= dengan niat tertentu.

Tujuan fitnah dilakukan tidak penting pada mahkamah

menyebarkan aib orang lain

Untuk memahami bagaimana mahkamah melihat sesuatu kes fitnah, pihak mahkamah perlulah mengetahui dengan jelas bahawa plaintif (pihak yang mengemukakan saman fitnah) adalah orang yang difitnah terlebih dahulu.

Sepanjang perbicaraan, antara faktor yang akan diambil kira hakim terhadap mana-mana kes fitnah adalah kesan fitnah kepada orang lain yang mendengar fitnah, bukan kesan fitnah kepada plaintif.

Ini bagi mengelakkan timbulnya rasa berat sebelah atau simpati pihak mahkamah terhadap plaintif, sehingga menjejaskan pengadilan yang bakal dibuat.

Sesuatu yang tidak ramai sedar - dalam kes fitnah, niat penyebar atau pemula fitnah serta matlamat dia melakukan fitnah tidak diambil kira dalam kes.

Mahkamah hanya bertanggungjawab untuk membuktikan sama ada fitnah benar-benar berlaku atau tidak, tanpa perlu mengambil kira tujuan sebenar pelaku melakukan perbuatannya.

Jadi secara kasar, kes-kes fitnah di mahkamah akan dilakukan dengan mengambil kira dakwaan fitnah terhadap plaintif, adakah fitnah tersebut merendahkan reputasi plaintif dan memberi kesan kepada masyarakat sehingga menjauhkan diri daripada plaintif.

Perbezaan kes fitnah libel dan slander

fitnah melalui media sosial

Kembali kepada kategori fitnah libel dan fitnah slander. Apakah perbezaan kedua-dua kes ini selain daripada kaedah yang digunakan?

Dalam kes fitnah slander, oleh kerana fitnah berlaku dalam bentuk lisan - beban pembuktian telah berlakunya fitnah jatuh kepada plaintif. Jadi plaintif perlulah mempersiapkan saksi yang mengetahui dengan jelas apakah yang telah berlaku.

Selain itu, kes fitnah slander turut memerlukan plaintif membuktikan telah berlakunya kerugian atau kesulitan kepada dirinya, akibat daripada fitnah yang telah berlaku.

Bentuk kerugian yang perlu dibuktikan juga berbeza sama ada kerugian dalam bentuk kewangan atau kerugian dalam bentuk khas, iaitu kerugian yang tidak dapat diukur seperti kegagalan mendapatkan peluang pekerjaan atau disisihkan orang ramai.

Dalam kes fitnah libel, kenyataan atau bahan fitnah itu perlulah dipastikan ada disiarkan kepada pihak ketiga dan dibuktikan wujud dalam bahasa yang difahami pihak ketiga.

Sekiranya bahan bercetak itu hanya dihantarkan kepada orang yang difitnah, mahkamah tidak menganggap wujudnya asas untuk kes fitnah libel dimulakan.

Berbeza dengan kes fitnah slander yang memerlukan plaintif membuktikan wujudnya fitnah, mana-mana individu atau syarikat yang terlibat dalam penerbitan bahan yang dijadikan bukti fitnah libelakan atau boleh turut sama dipanggil terlibat dalam perbicaraan.

Penerbit, penjual dan juga penyelia perkhidmatan internet boleh diminta hadir ke mahkamah sebagai saksi dalam mana perbicaraan kes fitnah libel.




Hakcipta iluminasi.com (2017)