Penerbangan kini menjadi sangat mudah untuk diakses sesiapa saja, berikutan harganya yang semakin murah serta pembukaan syarikat-syarikat swasta yang melihat potensi perniagaan yang luas.

Aktiviti pelancongan antarabangsa juga kini semakin diminati meningkatkan lagi permintaan penyediaan penerbangan, bagi memenuhi permintaan. Bagaimanapun, bukan semua syarikat penerbangan sama. Ada yang perkhidmatannya layak diberikan pengiktirafan terbaik dalam kelasnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ada juga yang terpaksa dikategorikan sebagai yang paling teruk berbanding semua. Berikut adalah lima syarikat penerbangan di dunia yang dilaporkan layak berada dalam senarai 'paling tidak selamat' dalam dunia mengikut kaji selidik badan penyelidikan Airlineratings.com.

1. Bluewing Airline

bluewing syarikat penerbangan paling bahaya 7lk6

Beroperasi daripada lapangan terbang Zorg en Hoop yang terletak di negeri Paramaribo, Republik Surinam - Bluewing Airline terkenal dengan reputasi buruknya berikutan beberapa insiden yang berlaku.

Bluewing menjalankan operasi mereka dengan menawarkan penerbangan kepada penduduk Surinam, Guyana dan French Guyana sejak tahun 2002. Selepas didapati tidak mengambil berat beberapa spesifikasi keselamatan, insiden terhempas dan tidak memberikan kerjasama terhadap siasatan, Bluewing tidak lagi dibenarkan beroperasi di ruang udara Eropah.

bluewing syarikat penerbangan paling bahaya

Beberapa insiden terhempas melibatkan pesawat mereka telah berlaku dengan salah satu insiden pada tahun 2008, mengorbankan 19 orang nyawa termasuklah isteri kepada pengasas Bluewing Airline sendiri.

2. Buddha Air

bluewing airline syarikat penerbangan paling bahaya

Buddha Air merupakan sebuah syarikat penerbangan swasta yang ditubuhkan pada tahun 1996, bagi menyediakan perkhidmatan penerbangan melibatkan beberapa bandar besar di Nepal dan India, khasnya ibu negara Nepal, Kathmandu dengan kawasan sekitarnya. Buddha Air turut sama beroperasi membawa penumpang ke kawasan banjaran pergunungan Himalaya.

pesawat syarikat penerbangan paling bahaya

Dalam satu insiden pada 25 September 2011 melibatkan penerbangan mereka, salah sebuah pesawat mereka yang ketika itu membawa 16 orang penumpang termasuklah 13 orang warga dari India, Jepun dan Amerika Syarikat terhempas akibat kegagalan mendarat semasa cuaca buruk.

3. Tara Air

tara air syarikat penerbangan paling bahaya

Tara Air adalah salah satu syarikat penerbangan yang turut sama beroperasi di Nepal. Ditubuhkan pada tahun 2009, Tara Air menawarkan perkhidmatan penerbangan khas untuk menerbangkan penumpang ke kawasan yang terpencil serta lapangan terbang yang terletak di kawasan pergunungan.

terhempas syarikat penerbangan paling bahaya

Rekod penerbangan Tara Air agak kurang memuaskan kerana banyak terlibat dengan insiden-insiden dahsyat. Pada tahun 2010, satu penerbangan mereka terpaksa berpatah balik selepas pintu kabinnya terbuka semasa sudah lima minit berlepas dan nasib baiklah atenden sempat menarik dan menutup pintu. Dalam tahun yang sama, sebuah pesawat yang baru saja berlepas terhempas sehingga mengorbankan 22 nyawa.

Insiden paling baru berlaku pada tahun 2016, apabila sebuah pesawat mereka hilang sebelum ditemui terhempas mengorbankan kesemua 23 orang yang berada di dalam pesawat.

4. Trigana Air Service

syarikat penerbangan paling bahaya

Salah sebuah syarikat penerbangan Indonesia, rekod Trigana Air Service memang mampu menimbulkan rasa curiga pada setiap penumpang mereka. Ditubuhkan pada tahun 1991 dengan dua buah pesawat, kini Trigana Air menawarkan penerbangan kepada lebih 20 destinasi di seluruh Indonesia.

trigana air service

Sudah banyak kali insiden kemalangan serta pesawat terhempas berlaku melibatkan pesawat mereka, dengan kejadian terburuk berlaku pada bulan Ogos 2015, melibatkan sebuah pesawat yang berlepas daripada Jayapura ke Oksibil, kedua-duanya terletak di Papua. Bangkai pesawat ditemui oleh penduduk kampung di kawasan pergunungan dan 54 orang penumpang serta kru penerbangan terkorban.

5. Air Koryo

air koryo syarikat penerbangan paling bahaya

Kami tidak pasti adakah reputasi Air Koryo sebagai syarikat penerbangan paling teruk dunia adalah disebabkan reputasi pemimpin negara mereka atau memang Air Koryo memang teruk, tetapi itulah yang dilaporkan - Air Koryo saban tahun dinobatkan sebagai syarikat penerbangan paling teruk di dunia.

Walaupun begitu banyak pihak mempertahankan Air Koryo yang menerima reputasi buruk, hanya disebabkan sentimen anti Kim Jong Un. Ini juga disokong oleh rekod mereka yang cemerlang kerana hanya pernah terhempas sekali sahaja pada tahun 1983.

syarikat penerbangan paling bahaya 7lk1

Bagi mereka yang mengkritik Air Koryo, puncanya berkemungkinan besar datang daripada pesawat-pesawat lama yang mereka masih lagi gunakan sehingga kini. Masih ada pesawat yang digunakan datang daripada model pesawat yang dibuat semasa zaman Kesatuan Soviet masih berkuasa, berusia lebih 40 tahun.

Bagaimanapun - hanya satu kes pesawat terhempas dalam tempoh 35 tahun? Itu satu rekod yang sangat cemerlang untuk 'syarikat penerbangan paling teruk di dunia.'




Hakcipta iluminasi.com (2017)