Dari segi bentuk muka bumi, Malaysia bertuah dalam beberapa perkara. Kita dianugerahkan sumber bumi yang kaya walaupun negara kita boleh dikatakan kecil keluasannya berbanding negara-negara bersaiz gergasi.

Negara-negara besar ini mempunyai keluasan yang berkali-kali ganda daripada negara kita yang membolehkan wujudnya pelbagai jenis corak kehidupan dan budaya dalam masyarakat-masyarakat tersebut yang unik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tahukah anda negara manakah paling besar di dunia? Berikut adalah 5 negara terbesar di dunia dan beberapa fakta menarik yang dapat kongsikan untuk anda semua, pembaca setia Iluminasi.

5. Brazil (8,514 juta km persegi)

negara paling luas di dunia brazil patung jesus

Brazil adalah negara terbesar di benua Amerika selatan dengan keluasan 8.514 juta km persegi keseluruhannya. Menjadi tuan rumah kepada kawasan hutan hujan terbesar di dunia iaitu hutan Amazon, puncak tertinggi Brazil adalah Gunung Pico de Neblina yang mencapai ketinggian 3014m.

Jumlah populasi Brazil adalah sekitar 207 juta penduduk. Salah satu mercu tanda Brazil paling terkenal adalah tugu Christ the Redeemer setinggi 30 meter yang dibina di atas Gunung Corcovado, pada tahun 1931.

4. China (9.597 juta km persegi)

great negara paling luas di dunia great wall china

Berkongsi sempadan dengan 14 buah negara, China adalah negara terbesar dalam benua Asia. Walaupun tidak dikenali dengan kawasan gurun, negara China sebenarnya mempunyai jumlah kawasan gurun ketiga terbesar di dunia dan sebenarnya menutupi satu per lima jumlah keluasan negara tersebut.

Keluasan yang sangat besar memerlukan China membuka banyak bandar besar dengan pembukaan lebih 100 bandar yang mempunyai kepadatan penduduk 1 juta orang ke atas. Populasi penduduk China adalah yang tertinggi di dunia dengan jumlah penduduknya adalah seramai anggaran 1.379 billion individu, bermastautin di sana.

3. Amerika Syarikat (9.834 juta km persegi)

negara paling luas di dunia amerika

Bersempadan dengan dua buah negara iaitu Mexico di bahagian selatan dan Kanada di bahagian utara, Amerika Syarikat mempunyai jenis-jenis iklim yang berbeza bergantung kepada kedudukan kawasannya. Walaupun begitu, keluasan itu juga datang dengan risiko bencana alam yang kerap melanda mereka seperti ribut taufan dan puting beliung. Masalah banjir sudah beberapa kali menimpa negara ini.

Alaska adalah negeri terbesar di Amerika Syarikat dengan California menjadi negeri paling ramai penduduk. Jumlah keseluruhan penduduk Amerika Syarikat adalah 325.7 juta orang.

2. Kanada (9.985 juta km persegi)

negara paling luas di dunia kanada

Bagi sebuah negara yang mempunyai keluasan kawasan sebesar Kanada, jumlah penduduknya pula amat rendah sekitar 36.3 juta orang penduduk sahaja. Hanya lebih sikit sahaja dari negara kita. Sekiranya dicongak dan dibahagikan, empat orang warga Kanada boleh hidup dalam satu kilometer persegi tanah di Kanada dengan cukup selesa.

Kanada mempunyai jumlah pesisiran pantai terpanjang didunia sejauh 243,000km serta mempunyai lebih satu juta tasik di seluruh Kanada. Sekiranya diukur Kanada daripada arah timur ke barat, jaraknya adalah 5,500km jumlahnya yang melalui 6 zon masa yang berbeza. Sebuah negara yang sangat cantik muka buminya namun hanya didiami oleh 0.5% jumlah penduduk bumi keseluruhannya.

1. Russia (17.1 juta km persegi)

negara paling luas di dunia russia

Russia jauh meninggalkan negara-negara lain dengan keluasannya saja hampir bersamaan Amerika Syarikat dan Kanada digabungkan. Mempunyai 11 zon masa yang berbeza, muka bumi Russia dipenuhi dengan kawasan-kawasan beriklim sejuk serta gunung-ganang yang tinggi. Kawasan Siberia yang cukup mencabar keadaannya merangkumi hampir tiga per empat keseluruhan kawasan Russia.

Dengan jumlah penduduk seramai 144.3 juta orang, Russia menempatkan gunung berapi aktif terbesar di dunia iaitu Gunung Kluchevskoy, kawasan paya terbesar dunia iaitu Paya Besdar Vasyugan dan juga laluan keretapi terpanjang dunia yang menghubungkan Moscow dan Vladivostok. Tasik Baikal pula yang menjadi sumber air terbesar dunia adalah tasik terdalam dunia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)