Salah satu misteri yang belum terjawab bagi penulis selama ini, adalah berkenaan asal-usul dan sejarah sebutan nama 'tapak sulaiman' yang kita gunakan sejak dahulu lagi.

Tapak sulaiman atau 'starfish' merupakan sejenis hidupan yang sangat menakjubkan kerana rupanya yang unik serta kebolehannya untuk menjana semula organ yang hilang, sehinggakan ada pihak mengatakan tapak sulaiman adalah makhluk yang mampu hidup selama-lamanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apa yang mengagumkan, misteri mengenai nama tapak sulaiman bukan sahaja berlaku dalam pengguna bahasa Melayu, bahkan turut sama melibatkan istilah 'starfish' yang diguna dalam Bahasa Inggeris.

Asal-usul perkataan 'starfish'

tapak sulaiman cantik

Sekiranya diamati betul-betul, istilah 'starfish' yang digunakan juga tak masuk akal. Walaupun memang benar tapak sulaiman menyerupai bentuk sebuah bintang yakni 'star', tetapi kenapa masyarakat zaman dahulu menggelarkannya 'fish' - kerana ia langsung tak menyerupai seekor ikan?

Pelik kan?

Perkataan 'starfish' direkodkan buat kali pertama dalam kamus terbitan Oxford pada tahun 1538, dengan menggunakan ejaan yang berbeza iaitu 'starfyshe.'

Perkataan itu pula asal-usulnya daripada perkataan 'star' yang diambil daripada perkataan 'stella' atau 'sterre', merujuk kepada gugusan bintang yang cantik. Sementara perkataan 'fish' pula satu masa dulu digunakan untuk merujuk semua jenis hidupan akuatik pada masa itu.

nordin ahmad tapak sulaiman

Berikutan tahap pemahaman kita yang meningkat terhadap pengkelasan haiwan akuatik, istilah 'fish' mula digunakan untuk merujuk kepada kumpulan ikan sahaja, sementara tapak sulaiman pula telah dikategorikan sebagai hidupan kumpulan asteroidea.

Bagaimanapun, berikutan penggunaannya yang sudah terlalu meluas - 'starfish' terus kekal digelarkan 'fish', walaupun ia bukan seekor ikan. Nasibnya sama dengan satu lagi kumpulan haiwan asteroidea iaitu kuda laut, yang sebenarnya sah-sah bukan seekor kuda, tetapi kekal digelarkan 'kuda' atau 'seahorse' kerana rupanya menyerupai kuda.

Asal-usul perkataan 'tapak sulaiman'

daun tapak liman

Kami sudah mencari beberapa kali dari mana datangnya nama tapak sulaiman ini. Ada pendapat mengatakan kita menamakan tapak sulaiman sedemikian rupa, kerana rupa bintang yang digunakan itu menyerupai simbol kerajaan Nabi Sulaiman as. satu masa dulu, tetapi tidak pula ada bukti hubungannya.

Jadi, kami berpendapat - satu-satunya sebab mengapa tapak sulaiman digelarkan sedemikian rupa, adalah kerana hidupan itu menyerupai sejenis tumbuhan yang dinamakan 'tutup bumi.'

Nama lainnya pula adalah, jeng jeng jeng - tapak sulaiman. Dalam bahasa Inggeris, pokok tutup bumi digelarkan sebagai 'Solomon's seal' atau 'elephant's foot.' Masyarakat Melayu zaman dahulu percaya tumbuhan ini yang tumbuh di atas tanah disebabkan tempat itu pernah menjadi bekas tapak kaki Nabi Sulaiman as. Wallahuallam.

Daun ini mempunyai khasiat yang sangat tinggi mampu membantu mengurangkan demam dan selesema. Daun tapak sulaiman juga mampu membantu melawaskan kencing. Air rebusannya mampu merawat penyakit cacing dalam badan serta penyakit busung.

Ini adalah hipotesis pertama kami.

Beza antara Malaysia dan Indonesia

patrick spongebob tapak sulaiman

Hipotesis kedua kami melibatkan perkongsian istilah antara Bahasa Melayu dan Indonesia.

Datang dari rumpun yang sama, Malaysia dan Indonesia mempunyai konsep yang berbeza dalam menamakan 'tapak sulaiman', sama ada merujuk kepada hidupan atau tumbuhan tersebut.

Dalam menggelarkan tapak sulaiman , orang Malaysia menggunakan istilah 'tapak sulaiman', sementara orang Indonesia pula menggunakan istilah 'bintang laut.' Tumbuhan itu kita gelarkan sebagai 'pokok tapak sulaiman' sementara di Indonesia pula, mereka gelarkan tumbuhan itu 'pokok tapak liman.'

Jadi kenapa ada perbezaan dalam merujuk nama tumbuhan tersebut?

Di sinilah misteri yang kami tidak dapat rungkaikan - istilah 'tapak liman' yang digunakan dalam Bahasa Indonesia membawa makna 'tapak gajah', lebih selari dengan nama tumbuhan itu dalam bahasa Inggeris.

Adakah ada kemungkinan istilah 'tapak sulaiman' yang kita gunakan hari ini, sebenarnya berasal daripada perkataan 'liman'? 

Boleh bantu kami?

Jom kita sama-sama rungkai misteri 'kenapa starfish dipanggil tapak sulaiman' bersama-sama! Kongsikan pengetahuan anda dalam bahagian komen di media sosial ye?

Rujukan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Coastal Review Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)