China telah melabur berpuluh-puluh bilion terhadap benua Afrika untuk membina projek-projek infrastruktur besar-besaran.

Kebanyakan infrastruktur ini adalah sebahagian daripada inisiatif "Belt and Road" oleh China dengan anggaran RM4 trilion untuk menyambungkan benua ini ke laluan perdagangan di seluruh dunia.

Pemimpin Afrika seperti Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta, telah membandingkan pelaburan China dengan projek terdahulu yang dibina oleh kuasa penjajah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

uhuru kenyatta

(Uhuru Kenyatta, Presiden Kenya)

"Landasan kereta api yang lama dibina dengan kekerasan dan keganasan bertentangan dengan kehendak kawasan yang dibahagikan, tetapi landasan kereta api baru dibina dengan persetujuan dan perkongsian, antara Afrika dan China, dan antara kerajaan-kerajaan, yang akan maju dan mendapat keuntungan daripadanya". kata Uhuru Kenyatta.

Tetapi adakah pelaburan China di benua ini sebenarnya satu situasi yang akan memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak, seperti yang dikatakan beberapa pemimpin Afrika dan Cina?

Atau, ia hanya satu bentuk penjajahan baru, di benua yang sudah mengalami perkara yang sama berkali-kali?berpengalaman begitu banyak?

China telah lama bertapak di Afrika

landasan kereta api tazara

(Landasan kereta api Tazara)

Walaupun inisiatif oleh China ini dicadangkan pada tahun 2013, projek infrastruktur pertama China di benua Afrika dibina beberapa dekad lalu.

Landasan kereta api Tazara yang siap pada tahun 1976 dibina untuk menghubungkan lombong tembaga di Zambia Dar es Salaam, Tanzania.

Landasan ini merupakan projek infrastruktur pertama yang dibina di atas skala pan-afrika. Projek oleh China ini akan direka dengan mewujudkan laluan perdagangan baru di dalam dan di antara negara-negara Afrika.

Pada tahun 2017, firma China membuka rangkaian keretapi di Kenya, menyambungkan ibu kota Nairobi ke bandar pelabuhan Mombasa. Sudah terdapat rancangan untuk memperluaskan rangkaian ini ke Sudan Selatan, Uganda, Rwanda dan Burundi.

Meminjamkan RM541 bilion sepanjang 11 tahun

kilang china di afrika 35

China melalui sektor awam dan swasta nya telah meminjam kira-kira RM541 bilion kepada negara-negara Afrika dari tahun 2006 hingga 2017.

Ramai pemerhati bimbang bahawa negara-negara Afrika tidak akan mampu membayar balik hutang-hutang ini, meletakkan mereka dalam apa yang disebut sebagai "perangkap hutang".

Kempen hutang Jubilee (Jubilee Debt Campaign UK), yang berkempen untuk membatalkan hutang negara-negara miskin ini, menganggarkan bahawa kira-kira 20% hutang oleh kerajaan-kerajaan Afrika adalah dengan China, menjadikan China sebagai negara pinjaman terbesar tunggal.

Sebagai perbandingan, 35% hutang Afrika adalah berhutang kepada institusi global multilateral seperti Bank Dunia. Gelombang awal firma China yang melabur di Afrika telah melakukan kesilapan yang menyebabkan masalah bagi negara-negara ini.

kenapa china labur di afrika

Bermula pada tahun 2005, puluhan ribu pekerja dari China dibawa ke negara Afrika Barat iaitu Ghana untuk mengambil kesempatan terhadap pemburuan emas atau "gold rush".

Ini akhirnya menimbulkan tindak balas tempatan akibat tuduhan perlombongan haram, menimbulkan ketegangan antara pelombong China dan kerajaan tempatan.

Banyak pemerhati telah berkata bahawa projek-projek seperti ini adalah contoh China mengeksploitasi Afrika untuk sumber semula jadi melalui "tingkah laku neo-penjajah".

Namun, pemerhati lain berpendapat bahawa majoriti pelaburan dari China tidak mencetuskan masalah yang dilihat berlaku di lombong emas Ghana.

Pelaburan terpenting China adalah industri perkhidmatan

china menjajah cara baru di afrika 621

Ini adalah kerana pengekstrakan sumber ini bukanlah tumpuan utama pelaburan lain. Sebenarnya, industri nombor satu bagi pelaburan China adalah industri perkhidmatan.

Menurut ahli ekonomi IMF, Wenji Chen, beliau juga menyatakan bahawa negara-negara yang menerima pelaburan yang banyak dari China adalah termasuk dengan negara yang tidak mempunyai sumber semula jadi yang banyak, seperti Ethiopia dan Kenya, selain daripada negara kaya sumber seperti Nigeria.

Akhirnya, kerajaan Afrika mungkin berasakan bahawa risiko terhimpit dengan hutang adalah lebih rendah berbanding dengan manfaat infrastruktur baru itu.

Inisiatif penyelidikan China-Afrika ini mendapati bahawa kira-kira 40% daripada pinjaman China antara tahun 2000 dan 2015, digunakan ke arah membayar projek tenaga dan 30% yang lain disalurkan ke arah memodenkan pengangkutan di benua itu.

china melabur di afrika

Pinjaman-pinjaman ini ditetapkan pada kadar faedah yang agak rendah dan dengan masa yang lebih lama untuk membayarnya kembali.

Pusat Pembangunan Global yang mengira jumlah hutang kepada China hasil daripada inisiatif Belt and Road ini mendapati bahawa 8 daripada 71 negara yang terlibat dalam projek itu sangat terdedah kepada perangkap hutang.

Dari 8 negara ini, hanya satu sahaja terletak di Afrika, iaitu Djibouti, sebuah negara pelabuhan yang juga menjadi titik strategik ketenteraan untuk China.

7 negara yang lain berada di Eropah dan Asia. Namun, China menafikan terlibat dalam diplomasi perangkap hutang.

kerjasama china dan afrika 3 550

Dalam usaha mengukuhkan kerjasama ini, China juga berjanji untuk menyelaraskan matlamatnya untuk inisiatif Belt and Road dengan matlamat pembangunan Kesatuan Afrika sendiri untuk mempunyai hubungan yang lebih besar di benua itu.

Namun, janji-janji ini belum digariskan.

Akhirnya, tekanan China di Afrika mungkin satu usaha untuk meningkatkan pengaruh negara ini berbanding meraih keuntungan kewangan.

Pelaburannya sudah pun memperkuat pakatan China dengan kerajaan Afrika untuk manfaat China.

Putuskan hubungan Taiwan sebagai syarat oleh China

kerjasama china afrika

Setiap negara Afrika melainkan Eswatini, yang dahulu dikenali sebagai Swaziland, telah memutuskan hubungan dengan Taiwan, yang mana satu prasyarat untuk hubungan diplomatik dengan tanah besar China. 

Sesetengah pemerhati berfikir bahawa ketika ekonomi negara-negara Afrika, mereka sebenarnya boleh memiliki kelebihan pada saat mereka berunding tentang pembayaran balik kepada China.

Ini menjelaskan mengapa pemimpin Afrika sangat yakin dalam menggelarkan pelaburan China ini sebagai situasi "win-win". Namun, hanya masa yang akan menentukan sama ada percaturan mereka ini akan membuahkan hasil.

pelaburan strategik china di afrika

Jadi, adakah anda rasa bahawa pelaburan China di Afrika akan menjadi rahmat kepada benua ini , atau adakah ia satu bentuk neokolonialisme? 




Hakcipta iluminasi.com (2017)