Disebabkan wabak Covid-19 yang melanda, kisah-kisah berkenaan insiden melibatkan masalah perkauman mula muncul, khasnya di negara-negara Eropah di mana masyarakat sana menyerang orang berbangsa Cina - kerana percaya mereka punca jangkitan.

Oleh sebab itu kes-kes seperti serangan melibatkan pelajar Singapura dan Malaysia yang terjadi Melbourne, Australia mula dilaporkan. Sukar untuk kami memahami mengapa masyarakat dari 'negara maju' masih memiliki mentaliti sedemikian rupa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagaimanapun, sesuatu yang aneh pada penulis mula dilaporkan; kumpulan pendatang Afrika di China pula berdepan masalah rasisme semasa Covid-19 melanda. Ini satu fenomena yang agak ganjil serta jarang kedengaran dilaporkan. Mengapa situasi ini muncul dan apa pula kaitannya dengan wabak?

Hubungan Afrika dan China

hubungan dan sumbangan china dengan afrika

Kerjasama yang terjalin di antara negara-negara dari benua Afrika dengan negara China merupakan satu topik yang jarang kita di Malaysia bincangkan.

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, usaha untuk mewujudkan lebih banyak hubungan di antara benua Afrika dan China sangat giat dijalankan - kerana China melihat potensi pasaran yang sangat terbuka luas di benua tersebut.

China mensasarkan keperluan untuk memenuhi dasar perindustrian Afrika sebagai kerangka utama, mensasarkan permintaan jalinan rangkaian keretapi, jalan raya dan penerbangan sebagai isu yang perlu ditambah baik.

Pada tahun 2015, Presiden Xi Jinping mengumumkan bantuan dana lebih RM45 billion semasa persidangan kerjasama China-Afrika di Johannesburg, Afrika Selatan sebagai langkah awal memenuhi visi Afrika yang maju.

Bagaimanapun, langkah itu mendapat reaksi dan kritikan beberapa pihak kerana merasakan tiadanya keperluan untuk China membiayai pembangunan di benua itu, selain rekod kewangan negara-negara di sana juga yang kurang stabil dalam perkara seperti pembayaran hutang.

Selepas pengumuman pada tahun 2015, China menambah lagi bantuan RM270 billion pada tahun 2018 selain mula menggalakkan syarikat-syarikat utama China mula melabur kepada benua tersebut.

'Afrika Kecil' di Guangzhou

little africa guangzhou

Hubungan di antara masyarakat Afrika dan China mula terjalin sekitar 10 ke 20 tahun lepas, apabila warga Afrika mula berkunjung ke beberapa wilayah di China, khasnya Guangzhou disebabkan oleh keperluan perniagaan.

Pada mulanya warga Afrika yang berkunjung hanya untuk mendapatkan stok produk seperti tekstil, kasut dan perhiasan wanita, sebelum lebih ramai memilih untuk terus menetap di Guangzhou - menjadi orang tengah antara urusan di Guangzhou dan benua Afrika.

Sehinggalah kawasan itu kini menjadi penempatan warga benua Afrika terbesar di Asia, di mana amat mudah untuk menemui warga dari Mali, Nigeria, Congo dan Mesir di sana dibantu oleh 50,000 orang pelajar Afrika yang didatangkan khas ke situ untuk belajar dengan tajaan biasiswa - membuka kawasan yang dinamakan 'Little Africa' atau Afrika Kecil, di tengah sebuah bandar bernama Xiaobei Lui.

restoran afrika di guangzhou china

Apabila wujud komuniti Afrika yang besar di situ, masalah sentimen perkauman mula menular. Berikutan kemasukan yang tidak terkawal, kelompok yang tidak diketahui statusnya mula terpinggir daripada sistem sosial, memaksa mereka hidup sendiri di negara asing.

Cuba memperbaiki situasi,kerajaan China mengetatkan syarat masuk dengan perubahan pada kelayakan visa serta tempoh yang dibenarkan tinggal - memaksa mana-mana individu warga Afrika yang sudah berkahwin dengan warga tempatan berhadapan masa depan tidak menentu.

Pertambahan kes jangkitan akibat kemasukan pendatang

warga afrika di china

Selepas berlakunya gelombang kedua wabak Covid-19 yang melanda Guangzhou dipercayai berpunca daripada kehadiran individu dari luar negara, kerajaan China mengumumkan bahawa semua warga Afrika yang ada di bandar itu perlu menjalani kuarantin mandatori selama 14 hari.

Ini menimbulkan rasa gusar pada penduduk tempatan, sehinggakan stigma buruk mula menyerang mereka memaksa mereka melakukan beberapa perubahan drastik bagi mengawal jangkitan.

Restoran-restoran mula melarang kemasukan warga Afrika atas perintah itu. Tuan rumah mula memasang penggera pada pintu rumah yang disewakan kepada warga Afrika, bagi mengawal pergerakan keluar masuk. Ada juga yang dikurung dalam rumah sewa sendiri.

Satu kumpulan wanita dari Uganda pula dilaporkan dipaksa keluar dari rumah sewa sebelum di bawa ke sebuah hotel untuk dikuarantin secara paksa, dengan kadar bayaran RM2400 seorang - tanpa boleh dibincangkan.

Kemudian berlaku satu kes yang memburukkan lagi suasana.

Serangan warga Nigeria terhadap seorang jururawat

jururawat diserang pesakit covid 19

Pada awal bulan April tahun 2020, dilaporkan oleh media China berkenaan satu insiden melibatkan seorang warga Nigeria berusia 47 tahun bernama Okonkwonwoye Chika Patrick. Beliau yang baru saja tiba di Guangzhou pada 20 Mac didapati positif Covid-19 dan dihantar ke hospital pada 23 Mac.

Dalam insiden yang berlaku pada 1 April selepas hampir seminggu dirawat, jururawat yang hanya dikenali sebagai Cik Wang cuba mengambil sampel darah lelaki tersebut namun Okonkwonwoye tidak memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri namun dihalang Cik Wang.

warga afrika digambar sebagai sampah 534

Berang disekat, Okonkwonwoye menyerang wanita tersebut beberapa kali mengakibatkan kecederaan di bahagian wajah, leher dan pinggang. Dia juga menggigit wajah jururawat itu!

Sentimen rasisme yang pada ketika itu sudah menggelegak akhirnya meletus disebabkan insiden serangan itu, membuatkan perasaan benci masyarakat tempatan pada warga Afrika semakin menyala. Netizen-netizen China melalui laman web popular Weibo mula menyebarkan propaganda anti Afrika di situ, yang dipercayai sudah lama dipendam masyarakat tempatan.

warga afrika digambar sebagai sampah 2

china rasis dengan afrika masalah

Warga Afrika mula disalahkan sebagai punca wabak kembali. Akibat daripada perintah kerajaan China yang seakan menyokong pendapat itu serta meletakkan beban gelombang kedua kepada warga Afrika, warga Afrika yang menyewa di Guangzhou mula dihalau keluar daripada rumah mereka - menyebabkan mereka menjadi gelandangan. 

Apa yang menakutkan, dalam masa yang sama - hotel dan motel kelolaan warga tempatan turut sama menidakkan perkhidmatan ke atas mana-mana warga Afrika.




Hakcipta iluminasi.com (2017)