Oleh pada 02 Nov 2019 kategori

Cuba anda berfikir sejenak, berapakah jumlah wang yang anda gunakan setiap hari untuk meneruskan hidup? RM50? RM100? Atau lebih? 

Bagi yang berkemampuan dan berada, sudah tentu jumlahnya lebih besar. Namun bagi mereka yang daif, tak dapat hendak dibayangkan, seperti yang berlaku di China.

Nasib seorang wanita Cina yang menahan lapar sehingga hampir mati kerana ingin menyara adiknya yang sakit telah mencetuskan bantahan di China.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Wu Huayan dari wilayuah Guizhou hidup dengan hanya membelanjakan kira-kira RM1.20 sehari untuk tempoh 5 tahun bagi meneruskan hidup.

Wanita itu yang masih belajar di peringkat universiti serta mempunyai 2 pekerjaan hanya mampu makan sebiji roti atau sepinggan nasi dengan cili, setiap hari.

kemiskinan di china yang dahsyat

Sejak kematian ibu bapanya beberapa tahun yang lalu, Wu terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai satu-satunya penjaga adiknya yang mengalami masalah mental.

Dia menerima bantuan daripada kerajaan sebanyak RM172 sebulan dan pendapatan daripada pekerjaannya adalah sekitar RM350 sebulan.

Akan tetapi, sebahagian besar daripada wang tersebut digunakan untuk menanggung kos rawatan adiknya, membuatkan Wu terpaksa menahan lapar.

Nasib malang wanita ini hanya mendapat perhatian apabila dia dibawa ke hospital selepas mengalami kesukaran untuk bernafas.

Namun, pihak hospital mendapati bahawa dia juga mengalami kekurangan zat makanan yang sangat teruk.

wu huayan china

Ini disebabkan oleh pemakanannya yang terlalu sedikit dan tidak berkhasiat secara berterusan dalam tempoh yang sangat lama.

Akibatnya, keadaan fizikal Wu yang berusia 24 tahun sangatlah menyedihkan di mana dia hanya berketinggian 135 sentimeter dan seberat 21.5 kilogram.

Lebih parah, dia mengalami kerosakan hati, keguguran rambut, masalah telinga dan insomnia. Wu juga dilaporkan mengalami kesukaran untuk berjalan dengan betul dan membiayai perbelanjaan perubatannya sendiri.

Apabila kisahnya diketahui, kerajaan cuba untuk membantu dengan menyediakan dana bantuan kecemasan sebanyak RM11,840 kepada adik-beradik malang itu. 

Kisah ini juga tular di media sosial dan mendorong ramai orang yang bersimpati untuk menderma yang kini sudah hampir mencecah RM280,000.

Guizhou adalah antara salah satu wilayah termiskin di China dan kisah-kisah kemiskinan yang teruk seperti ini bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Akibatnya, sesetengah pengguna media sosial China mengkritik kerajaan kerana tidak mengambil tindakan dengan lebih cepat.

Rujukan:

1. BBC

2. Daily Mail

3. Independent




Hakcipta iluminasi.com (2017)