Kekuatan terbesar bagi sesebuah negara adalah tenaga manusia, yang mana bergantung kepada berapa ramai penduduknya. 

Namun jika negara tersebut tidak menetapkan sama ada penduduk mereka adalah aset atau liabiliti, jumlah kuasa manusia yang sama ini juga boleh mencetuskan masalah besar kepada kerajaan dan negara. 

Kita gunakan ini sebagai contoh. 

Sebuah rumah yang mempunyai ruang untuk 20 orang dengan bekalan air, ruang untuk hidup, dan lain-lain, yang mana direka untuk menampung dan memenuhi keperluan maksimum 20 orang itu sahaja.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, apabila masa berlalu dan keluarga yang tinggal di rumah tersebut mula berkembang, ia akan memberikan kesan kepada kehidupan mereka.

Terdapat kekurangan air dan yang paling penting adalah ruang di dalam rumah menjadi sesak yang memaksa sebilangan mereka untuk tidur di atas lantai dan kurang minum air kerana sumber terhad.

Pendapatan keluarga adalah terhad dan oleh itu pembahagian makanan juga menjadi sangat sukar sehingga ada di antara mereka yang kurang zat dan mengganggu perbelanjaan keluarga.

Dalam contoh di atas, kita melihat bahawa disebabkan oleh "terlalu banyak penduduk", ketersediaan sumber semulajadi, kemudahan asas, ruang penginapan, status kewangan dan taraf hidup keluarga, kesemuanya akan merudum ke tahap yang paling teruk.

Inilah yang berlaku di China sebelum ini, sebelum dasar seorang anak diwujudkan pada tahun 1980.

Ia digunakan sebagai langkah sementara oleh kerajaan China untuk menangani pertambahan penduduk yang semakin menjadi-jadi.

Sejarah dasar seorang anak di China

dasar seorang anak di china 842

Lebihan penduduk adalah satu ancaman kepada sumber asli negara, dan kemampanan penduduk yang ramai ini merupakan satu tugas yang sukar bagi mana-mana kerajaan di dunia.

Pemimpin berwawasan China telah lama menyedari tentang hal ini dan mula mempromosikan penggunaan alat kontraseptif seawal tahun 1953.

Menyedari tentang masalah yang akan dicetuskan oleh lebihan penduduk ini, pemimpin tertinggi China, Mao Zedong memutuskan untuk menubuhkan suruhanjaya perancang keluarga negara, selepas diyakinkan oleh salah seorang ahli ekonomi China. 

Tetapi disebabkan Great Leap Forward Movement pada tahun 1958, Mao Zedong berbalik kepada dasarnya iaitu "lebih ramai orang bermakna lebih banyak kuasa" dan suruhanjaya perancang keluarga telah dibubarkan.

Fokus mereka kemudiannya diarahkan kepada menuju transformasi pesat negara dari berasaskan pertanian ekonomi kepada masyarakat sosialis melalui perindustrian dan pertanian kolektif.

mao zedong

(Mao Zedong)

Pada tahun 1962, suruhanjaya perancang keluarga sekali lagi ditubuhkan di seluruh negara tetapi pergerakan ini terhenti disebabkan oleh Revolusi Kebudayaan di China pada masa itu.

Dan pada tahun 1966, kadar kesuburan purata di China meningkat dengan sangat tinggi kepada 6.4.

Menjelang awal 1970-an, penduduk China telah mencapai 800 juta orang dan hal ini adalah yang paling menjejaskan ekonomi China.

Ini sekaligus membuatkan taraf hidup orang Cina merosot dengan teruk disebabkan oleh terlalu ramai penduduk dan ia menghalang matlamat China untuk menjadi kuasa besar ekonomi.

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan memulakan sebuah suruhanjaya perancangan keluarga yang serius pada tahun 1971, yang membawa kepada pengenalan dasar seorang anak pada tahun 1980.

Hasil daripada dasar seorang anak

dasar seorang anak berikan kesan negatif

Terdapat sambutan bercampur-campur terhadap dasar seorang anak ini.

Sesetengah berpendapat bahawa keputusan ini diambil dengan tergesa-gesa dan bersifat politik sepenuhnya, berdasarkan pemahaman demografi yang sangat daif.

Untuk membuktikan ini, satu pasukan sarjana dari pelbagai institusi terkemuka China (untuk kajian pertumbuhan penduduk) dibentuk pada tahun 2001.

Menurut penyelidikan pasukan itu, jika dasar itu tidak dihentikan, ia akan mempunyai kesan yang serius kerana ia merosakkan demografi negara dengan cara yang paling teruk.

Ramai juga mengatakan bahawa dasar itu adalah diskriminasi terhadap wanita kerana mereka dipaksa untuk disteril dan kandungan digugurkan, yang merupakan lambang diskriminasi jantina.

Malah, China mempunyai salah satu daripada kadar bunuh diri tertinggi di kalangan perempuan dengan usia yang sesuai untuk hamil.

dasar seorang anak berikan kesan negatif 2

Sebahagian daripada penduduk China percaya bahawa langkah untuk memaksa polisi ini telah mencetuskan ketidakpuasan hati dan kebimbangan di kalangan keluarga yang mempunyai ramai anak (sebelum polisi dikenalkan).

Ketidakpuasan hati seperti ini boleh memberikan kesan yang sangat negatif kepada negara.

Menurut penyelidikan, 90% daripada kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar di China tidak mempunyai adik-beradik dan perkara yang sama berlaku di kawasan luar bandar iaitu sebanyak 60%. 

Namun, adalah tidak adil untuk hanya melihat kepada aspek negatif sahaja kerana dasar ini juga mempunyai beberapa aspek positif.

Antaranya termasuklah pertumbuhan penduduk dikurangkan sehingga 250 juta.

Hal ini sekaligus mengurangkan kadar kesuburan yang telah meredakan tekanan kepada masyarakat, negara, wanita dan yang paling penting, terhadap persekitaran.

Kesimpulan

dasar seorang anak berikan kesan negatif 3

Dasar seorang anak di China sangat berkesan dalam mengawal pertambahan pesat penduduk tetapi sentiasa berada di bawah pandangan bercampur-campur.

Sekitar 400 juta kelahiran telah dicegah dalam tempoh 3 setengah dekad yang lalu, tetapi dengan ini, penduduk usia bekerja telah mula merosot, kadar kelahiran dan kadar kesuburan juga telah menurun.

Dan disebabkan oleh peningkatan populasi umur tua yang membawa kepada tenaga kerja yang mengecil, China memutuskan untuk membatalkan dasar seorang anak pada 1 Januari 2016, yang membolehkan pasangan China mempunyai dua orang anak.

Rujukan:

1. National Institutes of Health (NIH)

2. Massachusetts Institute of Technology

3. Science

4. American Economic Association




Hakcipta iluminasi.com (2017)