Oleh pada 18 Dec 2019 kategori

Kemarahan umat Islam di seluruh dunia semakin membuak-buak berkenaan dengan layanan terhadap orang Islam Uighur di China.

Seorang individu yang merupakan pegawai Parti Komunis yang bernama Zhu Hailun, adalah yang bertanggungjawab terhadap sistem kem "pendidikan semula" yang bertujuan untuk umat Islam Uighur di rantau Xinjiang, China.

Nama Zhu Hailun muncul berkali-kali dalam "China Cable", memo kerajaan China yang dikeluarkan oleh Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan pada 25 November 2019.

BESARKAN TEKS     A-  A+

zhu hailun individu yang bertanggungjawab ke atas penindasan umat islam uighur di china 991

(Zhu Hailun)

Ia mendedahkan peranan penting yang dimainkan oleh pegawai kedua tertinggi Parti Komunia ini dalam membangunkan program yang bertujuan menakluki umat Islam Uighur di rantau barat daya. 

Zhu meluluskan dokumen yang paling "meletup" di dalam China Cable, iaitu "manual" tentang bagaimana untuk menjalankan kem "pendidikan semula", di mana lebih daripada sejuta umat Islam telah diasingkan, menurut anggaran PBB.

Memo 2017 oleh Zhu memperincikan sistem penjara di mana orang-orang boleh ditahan untuk "transformasi pendidikan" selama tempoh yang tidak ditentukan.

china cables

Mereka ini diletakkan di bawah pengawasan yang berterusan sambil tertakluk kepada indoktrinasi (proses pengajaran untuk menerima sesuatu kepercayaan) ideologi intensif.

Zhu juga menulis tiga buletin rahsia yang menerangkan bagaimana sistem pengawasan elektronik secara besar-besaran yang ditubuhkan oleh kerajaan China di Xinjiang dapat mengenal pasti orang-orang yang terlibat dalam kem.

Zhu Huilan dan Uighur

zhu hailun

Lama sebelum tindakan keras yang dilakukan oleh Zhu dan walaupun sudah biasa dengan budaya tempatan, Zhu lebih benci daripada dikasihi di kalangan penduduk Uighur yang diperintahnya

Dia dilahirkan pada tahun 1958 di luar bandar wilayah Jiangsu. Ketika remaja, semasa Revolusi Kebudayaan yang huru-hara, Zhu dihantar ke daerah Kargilik, di tengah-tengah kawasan Uighur di Xinjiang. 

Zhu tiba di Xinjiang pada tahun 1975 sebagai sebahagian daripada program Parti Komunis yang menggalakkan pegawai-pegawai muda yang bercita-cita untuk tinggal di kawasan-kawasan yang jauh di negara ini selama beberapa tahun.

Tetapi tidak seperti kebanyakan rakan-rakannya, yang mana pulang dengan segera ke kampung halaman mereka apabila tugasan selesai, Zhu memilih untuk tinggal di Xinjiang. 

parti komunis china

Zhu menyertai Parti Komunis pada tahun 1980 dan dinaikkan pangkat dalam birokrasi Xinjiang.

Menjelang tahun 1990-an, Zhu menjadi begitu fasih dalam bahasa Uighur sehingga dia membetulkan penterjemahnya sendiri semasa mesyuarat.

Dia berkhidmat sebagai pemimpin parti bagi 2 bandar yang paling banyak kekacauan di Xinjiang iaitu Kashgar dan Hotan pada tahun 1990-an dan 2000-an.

Pada tahun 2009, pertempuran antara Uighur dan Cina Han di ibu kota Urumqi di Xinjiang telah membunuh hampir 200 orang. Pihak berkuasa berkata kebanyakan yang terbunuh adalah orang Cina Han.

chen quanguo

(Chen Quanguo)

Disebabkan itu, ketua pegawai keselamatan dan pimpinan Parti Komunis di bandar itu dipecat, dan Zhu dibawa masuk untuk mengambil alih kuasa.

Perlantikan itu datang dengan misi untuk menghapuskan pergolakan Uighur.

Ketegangan di Xinjiang berterusan, dan China melantik seorang lagi penguat kuasa yang kejam, Chen Quanguo, sebagai pemimpin parti untuk rantau ini pada tahun 2016.

Zhu menjadi pegawai kanan Chen dan pada tahun 2016, Zhu dinaikkan pangkat sebagai timbalan ketua parti Xinjiang.

Pada Februari 2017, semasa China sedang membina kem-kem yang digunakan untuk pengasingan puak Uighur dan minoriti lain, Zhu memberikan ucapan kepada pegawai polis di Urumqi yang menyuarakan pendekatannya dengan lebih jelas.

sekitar 10000 pasukan bersenjata menghadiri himpunan sorak di xinjiang pada februari 2017

(Sekitar 10000 pasukan bersenjata menghadiri himpunan sorak di Xinjiang pada Februari 2017)

Menurut laporan Reuters, Zhu berkata: "Dengan senapang pada badan kita, pisau yang terhunus, penumbuk dan tangan dilonjakkan, kita mesti menggunakan kuasa gemuruh untuk menyerang kegiatan pengganas dengan keras,".

"Zhu adalah watak utama bagi dasar Parti Komunis untuk mengawal selatan Xinjiang," kata seorang ahli perniagaan yang dibuang ke Turki.

Penahanan beramai-ramai

penindasan china terhadap umat islam uighur

Selepas ketibaan Chen di Xinjiang, berpuluh-puluh ribu umat Islam Uighur mula hilang. Dokumen yang bocor menunjukkan bahawa Zhu mengarahkan penangkapan besar-besaran.

Dalam tempoh kuasanya, Zhu dibayangi oleh Chen.

Seorang pengedali yang sangat tegas, terkenal kerana telah "menenangkan" Tibet semasa tempohnya di sana sehingga 2016, Chen ditugaskan untuk melawan "ancaman pengganas" di Xinjiang, serta menghapuskan harapan umat Islam Uighur.

Dalam banyak aspek, Chen telah berusaha ke arah matlamat ini dengan menggunakan pendekatan yang sama iaitu pengawasan berterusan dan gangguan polis yang membuahkan hasil untuknya di Tibet, memanfaatkan teknologi keselamatan yang terbaru seperti pengenalan muka.

orang islam uighur di china ditindas 2

Tetapi Chen memerlukan seseorang yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang Xinjiang untuk mengamalkan sistem penindasan yang diciptanya.

Dan di sinilah Zhu muncul untuk memainkan peranan.  

"Chen Quanguo datang dalam nama Parti, tetapi Zhu tahu bagaimana untuk melaksanakan, siapa yang perlu ditangkap dan apa yang perlu dilakukan," kata ahli perniagaan Uighur yang dibuang daerah kepada Associated Press. 

Dokumen-dokumen yang bocor menunjukkan bahawa Zhu mengarahkan penangkapan besar-besaran, menandatangani notis yang memerintahkan polis menggunakan pengawasan digital untuk menyiasat orang kerana melawat negara-negara asing, menggunakan aplikasi mudah alih tertentu atau mempunyai kaitan dengan "orang yang mencurigakan."

Televisyen negara menunjukkan bahawa Zhu meneruskan lawatan tanpa henti ke kem-kem di Xinjiang, pusat pemeriksaan, dan balai polis, membimbing kempen penahanan besar-besaran itu secara peribadi.

Persaraan Zhu Huilan

orang islam uighur di china ditindas 3

Pada awal tahun 2019, Zhu memutuskan untuk bersara. Dia kemudiannya menjadi ketua parlimen serantau, jawatan yang dianggap sebagai pekerjaan di akhir kerjaya. 

Penggantinya, Wang Junzheng yang berusia 56 tahun, dianggap sebagai salah seorang bintang yang semakin meningkat dalam Parti Komunis China.

Bulan lalu, Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan visa ke atas pegawai China yang tidak didedahkan identitinya sebagai peranan mereka terhadap penindasan di Xinjiang.

Tidak diketahui sama ada Zhu berada dalam senarai itu, tetapi para pakar mengatakan bahawa pangkat dan tanggungjawabnya mungkin menjadikannya sebagai sasaran.

china cables 3

Rujukan:

1. International Consortium of Investigative Journalists

2. France 24

3. Japan Times




Hakcipta iluminasi.com (2017)