Biodata

Nama penuh: Shafiee bin Ali

Nama pentas: Shafie Rio

Umur: 53 tahun (2018)

Asal: Johor

Pekerjaan: Penyanyi

Media sosial: Instagram @shafierioofficial dan Facebook @shafierio

Fakta Menarik

1. Vokalis kumpulan Rio yang merupakan sebuah kumpulan popular sekitar era 1990-an.

2. Rio juga merupakan kumpulan pertama bernaung di bawah syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC Music).

3. Selain Shafie, Rio turut dianggotai tiga ahli lain yang mana kesemua mereka berasal dari Muar, Johor iaitu Man (gitaris), Alias (pemain gitar bes) dan Taufiq (pemain dram). Alias dan Taufiq merupakan bekas anggota kumpulan Crossfire.

4. Untuk album Kembali Menyerlah yang diterbitkan pada tahun 1996, Rio dianggotai Hamka, Taufiq, Alias dab Zack.

5. Antara lagu popular mereka ialah Layu Di Hujung Mekar, Haruskah, Kota Impian, Bumi Dipijak, Janji Terpaksa, dan Adat Dunia.

6. Rio secara keseluruhannya telah menghasilkan lima buah album iaitu Dunia 1001 (1992), Ceria (1992), Ikhlas (1995), Kembali Menyerlah (1996) dan Rio - Kenangan Lalu (2007).

7. Antara pencapaian terbesar diraih mereka adalah menjadi finalis pusingan akhir pertandingan Pujaan 10 Nescafe 1992 menerusi pertaruhan lagu 'Layu Di Hujung Mekar'.

8. Nama kumpulan ini juga pernah diabadikan dalam dua buah novel iaitu Sorry, Aku Bukan Dia tulisan Iza Safiya dan Akhirnya Aku Kahwin! oleh Herna Diana.

9. Pada tahun 2018, Shafie terpilih menjadi salah seorang peserta program realiti popular, Gegar Vaganza 5.

Foto Terkini

biodata penuh shafie rio peserta gegar vaganza 5 2

biodata penuh shafie rio peserta gegar vaganza 5 3

biodata penuh shafie rio peserta gegar vaganza 5 4

biodata penuh shafie rio peserta gegar vaganza 5 5

biodata penuh shafie rio peserta gegar vaganza 5 6

biodata penuh shafie rio peserta gegar vaganza 5 7

Kredit:

1. Wikipedia Kumpulan Rio

2.. Laman Sesawang Rasmi Gegar Vaganza 5

3. Fiksyen Shasha

4. Instagram Shafie Rio

5. Instagram Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)