Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Semalam berlangsungnya pertandingan akhir Gegar Vaganza musim keempat (GV4) di Pinewood, Iskandar Johor Bahru, GV4, dikemudikan oleh pasangan hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse. 

Aishah yang mempertaruhkan lagu Celine Dion, All By Myself dinobatkan juara selepas meraih markah tertinggi daripada dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, bersama Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk Rosyam Nor selaku juri jemputan. 

Diikuti tangga kedua hingga keenam, masing-masing diduduki Liza Hanim, Lan Solo, Hazami, Firman dan Tia Jinbara.

Sementara itu, Aishah juga dinobatkan Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.

Berikut kami kongsikan 10 'insiden' menarik yang berlaku di konsert akhir GV4 yang ramai tak tahu!

1. Semua penonton terkejut besar apabila bunga api meletup selepas tamatnya persembahan pembukaan.

2. Dek kerana terkejut dengan bunyi letupan itu, Jihan melatah dan tangannya pula menyentuh perut yang sarat hamil. Penari latar wanita yang ada di situ menghulurkan bantuan dan merangkul belakang badan Jihan. Nasib baik!

3. Sewaktu iklan di kaca televisyen, penonton di studio pula dihiburkan dengan persembahan anak-anak Datuk Seri Vida (DSV), Cik B dan Kacak menari bersama DSV. Penonton memberikan semangat dengan melaungkan nama Cik B dan Kacak.

4. Ketika DSV bersedia untuk persembahan di pentas, dia sempat memberikan pesanan kepada Cik B dan Kacak yang sedang menonton:

“Nanti Cik B akan ganti tempat Mama. Mama bawa Cik B dan Kacak ke sini untuk menunjukkan bagaimana Mama bekerja. Ini merupakan dunia glamor. Cik B dan Kacak jangan malu untuk tengok apa yang Mama buat." 

5. Persembahan lagu Bahagiamu Deritaku oleh Hazami bertambah indah dengan gimik kehadiran kelopak bunga mawar putih yang berguguran sekitar pentas.

6. Hetty Koes Endang sungguh beremosi menonton persembahan lagu All By Myself oleh Aishah, lantas bertanya kepadanya, "Adakah anda masih bersendiri lagi?". Aishah menjawab, "Tidak", diikuti dengan respon terharu oleh penonton. Awww..

7. Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih tak sudah dengan perangai nakal mereka, mengusik Datuk Ramli MS yang ditemani isterinya, Datin Alyah di studio. Antara dialog usikan mereka:

“Lama kita tak berborak ya Datin,” sapa Jihan.

“Apa lama tak berborak pula, tak pernah borak langsunglah! Kan ini kali pertama Datin datang temankan Datuk,” pintas Nabil.

8. Siapa sangka, kehadiran peminat setia GV4, Ziana Zain 2 atau lebih manja dipanggil Baby Ziana memberikan impak kerana ramai penonton teruja melihatnya. Malah netizen mengambil kesempatan bergambar bersamanya selepas tamatnya konsert.

9. Antara selebriti yang hadir sebagai penonton termasuk penyanyi Hetty Sarlene. Kemunculannya yang pernah hangat dengan drama bersiri Sembilu Kasih suatu ketika dahulu mendapat perhatian sekaligus mengubat kerinduan peminat.

10. Untung Lan Solo memiliki isteri, Sheila yang begitu bersemangat menemaninya sepanjang konsert - walaupun sedang sarat hamil! Apabila tamat konsert, Lan segera mencari Sheila dan memeluknya apabila bersua di sekitar tempat sidang media berlangsung.

Sumber berita: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)