Oleh pada 19 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @a_aidaproduction

     

Rumah tangga pasangan penerbit Datuk A. Aida dan pelakon Ariff Aziz akhirnya berkubur sejak bercerai secara baik pada 25 April lalu.

Pendedahan yang dibuat A. Aida pada sidang media di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, semalam itu antara lain menjawab beberapa persoalan berhubung ikatan sekitar tempoh sembilan bulan itu.

Berikut kami kongsikan beberapa penjelasan A. Aida bagi meleraikan beberapa spekulasi yang menjadi buah mulut netizen.

      

lumrah waktu bercinta semuanya wangi tapi a aida buka mulut 2

Kredit foto: Instagram @a_aidaproduction

    

1. A. Aida mengakui sukar untuknya meneruskan kehidupan bersama Ariff kerana berlakunya 'masalah'. Susulan itu, beliau telah mengadakan pertemuan dengan peguamnya untuk perbincangan lanjut sebelum perceraian difailkan pada 4 April lalu.

2. A. Aida bagaimanapun enggan mendedahkan punca perceraian, sebaliknya lebih selesa menyifatkan apa yang berlaku kerana tiada jodoh antaranya dan Ariff.

3. Menjawab pertanyaan berhubung dakwaan perceraian itu kononnya disebabkan sikap Ariff yang kuat cemburu dan gemar mengambil kesempatan terhadap kemewahan dimilikinya, produser jutawan itu lantas menepis dengan mengatakan apa yang diinginkannya daripada seorang lelaki hanyalah cinta dan kasih sayang kerana sudah punyai segala-galanya dalam hidup.

4. Ketika diasak dakwaan negatif berhubung punca rumah tangga keempatnya itu tidak kekal, A. Aida hanya membidas, "Biasalah, lumrah waktu bercinta semuanya wangi tapi apabila berlaku perpisahan, ada macam-macam cerita yang timbul. Ada yang kata A dan ada yang kata B. Tapi bagi saya, biarlah punca sebenar perceraian itu menjadi rahsia saya".

5. Punca dia mengambil masa dua bulan sebelum mengumumkan perkara tersebut kerana ingin memberi laluan dan menjaga kemuliaan bulan suci, Ramadan sebagai bulan beribadat.

6. A. Aida bersyukur kerana keputusannya menamatkan hubungan dengan Ariff turut mendapat sokongan daripada pihak keluarga dan anak-anak.

7. Mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak A. Aida keluar bercuti ke Mesir pada Mac lalu.

8. Enggan memberikan peluang kedua kepada Ariff jikalau pelakon muda itu mempunyai niat untuk merujuk semula.

9. Apa yang dipelajarinya melalui perpisahan ini ialah tidak perlu tergesa-gesa mengambil keputusan bernikah tanpa melalui tempoh perkenalan yang secukupnya.

10. Menyerahkan soal jodohnya selepas ini kepada ketentuan Tuhan, mengenai perkembangan terkini, A. Aida mahu menumpukan terhadap bidang perniagaan diusahakannya termasuk jenama baju sukan dan komestik yang bakal dikeluarkan.

     

lumrah waktu bercinta semuanya wangi tapi a aida buka mulut 3

Kredit foto: Instagram @a_aidaproduction

     

Terdahulu, A. Aida dan Ariff Aziz sah bergelar pasangan suami isteri dengan dua kali lafaz pada 21 Julai 2018.

A. Aida pernah bersuamikan vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada 1994 sebelum berpisah pada 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 23, dan Wan Azevanatassha, 18.

Beliau juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis lain-lain pangkat dalam tempoh beberapa bulan.

Kemudiannya, membina mahligai dengan seorang pegawai polis berpangkat Asisten Supritenden (ASP), Suffian Sulaiman pada 2007 yang juga tidak bertahan lama apabila berpisah pada 2013, namun sempat dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rahul yang kini berumur 11 tahun.

    

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)