Oleh pada 19 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @a_aidaproduction

     

Ekoran keruntuhan perkahwinan kali keempat Datuk A. Aida dan pelakon, Ariff Aziz, Wan Az Aleesa reda dengan apa yang menimpa nasib ibunya itu.

Kata Aleesa, 22, dia menyokong apa sahaja keputusan yang dianggap dapat membahagiakan hati wanita kesayangannya itu.

"Pastinya apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ibu adalah hasil perbincangan bersama anak-anak. Asalkan ibu gembira, kami turut sama-sama tumpang bahagia.

"Sepatutnya, mereka masih berada dalam fasa bulan madu yang membahagiakan, namun nampaknya ibu lebih bahagia apabila membuat keputusan untuk berpisah. Jadi, jika keputusan yang diambil ini lebih menggembirakan ibu, kami sentiasa berada di belakangnya.

"Cuma, mana-mana lelaki yang ingin berkahwin dengan ibu perlu memenangi hati anak-anak dan keluarga terlebih dahulu," katanya kepada portal BH Online.

     

anak anak a aida pula buka mulut isu cerai 2

Kredit foto: Instagram @a_aidaproduction

     

Terdahulu, teka-teki status rumah tangga A. Aida dan Ariff Aziz terjawab apabila produser jutawan itu mendedahkan telah bercerai sejak 25 April lalu.

Begitupun A. Aida terus mengunci mulut daripada berkongsi punca sebenar terlerainya ikatan suami isteri yang disatukan sejak 21 Julai tahun lalu.

Dalam pada itu, anak kedua penerbit terbabit, Wan Azevanatassha, 17, pula mengizinkan ibunya berkahwin lagi dek mengenangkan usia mereka yang semakin meningkat dewasa.

"Jodoh dan ajal terletak di tangan Tuhan. Bab perkahwinan juga tiada titik noktahnya. Apatah lagi, kami meningkat dewasa dan mahukan peneman hidup buat ibu.

"Malah, sejak awal lagi saya sudah menasihatkan ibu untuk mengenali terlebih dahulu hati budi bakal pasangan. Cuma, ibu tidak mahu membuat dosa, jadi dia memilih untuk bercinta selepas kahwin," katanya.

      

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)