Oleh pada 25 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Dato A. Aida

    

Penerbit terkenal, Datuk A Aida menjelaskan tentang identiti seorang jejaka yang hadir bersamanya di Konsert Romantika Datuk Awie, baru-baru ini

A Aida, 50, berkata, 'jejaka sado' yang mengundang tanda tanya ramai itu merupakan temannya yang kini dalam fasa mengenali hati budi.

“Saya sudah agak soalan ini akan timbul. Saya jenis yang selesa bercakap benar. Ya, saya dengan dia sedang berkawan. Tapi, perhubungan masih peringkat awal iaitu saling berkenalan.

“Saya tidak mahu terburu-buru dalam soal mencari pasangan. Saya mahu relak dulu. Lagi pula, apa yang menjadi keutamaan sekarang tetap pada perniagaan dan anak-anak.

“Kalau ada jodoh, adalah. Tapi, itu bukan fokus saya sekarang. Pada usia sekarang, banyak perkara lain perlu diberi perhatian,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Terdahulu, teman baru A Aida yang jauh lebih muda daripadanya itu mencuri tumpuan umum selepas pendedahan penerbit ini yang mengatakan dirinya 'menolak' tujuh lelaki kerana tidak mempunyai kriteria berbadan sado.

Dalam pada itu, A Aida akui usia bukanlah penghalang untuk dia menjalinkan perhubungan dengan sesiapa yang diinginkan.

   

a aida kekasih sado

Kredit foto: Instagram Dato A. Aida

    

“Dari dulu lagi saya okay saja dengan sesiapa. Macam sekarang ini pun, dia jauh lebih muda daripada saya. Tapi, saya selesa berkawan dengannya.

“Saya tidak fikir usia itu halangan. Cuma, saya kena lebih berhati-hati dalam perkara ini,” katanya.

Sementara itu, beliau enggan mengulas mengenai identiti lelaki sado itu yang dikatakan jurulatih peribadi di gimnasium yang sering dikunjunginya.

“Biarlah rahsia,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya seni, beliau mempertaruhkan filem sulung terbitan syarikatnya berjudul Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda yang menjengah pawagam pada 27 Februari ini.

Karya garapan Bade Azmi itu dibintangi barisan pelakon ternama seperti Nadia Brian, Firman Siagan, Amar Asyraf, Putra Amaris, Eyra Hazali dan ramai lagi.

    

Sumber berita: A Aida dah jumpa abang sado dan six pack

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)