a aida aktor muda selamat nikah dengan dua kali lafaz 1

Kredit foto: Astro Gempak

Tiga tahun berkenalan, akhirnya pasangan penerbit, Datuk A Aida dan aktor, 47, Ariff Aziz, 29, selamat disatukan di sebuah hotel di Petaling Jaya, jam 8.50 malam tadi. 

A Aida atau Zaidah Awang dan Ariff dinikahkan oleh Iman Dua Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya, Mohammad Imran Nasohah, dalam majlis yang dihadiri 300 tetamu terdiri daripada anggota keluarga, sahabat handai serta wakil media.

Aida menerima wang hantaran RM20,000 bersama tiga dulang berupa cincin berjenama Cartier seberat 1.42 karat dan beg tangan berjenama Hermes. Mas kahwin pula bernilai RM300.

a aida aktor muda selamat nikah dengan dua kali lafaz 2

Kredit foto: Instagram Ariff Aziz

Ia berbalas lima dulang hantaran termasuk jam tangan berjenama Hublot, cincin, beg bimbit berjenama Louis Vuitton, minyak wangi berjenama Chanel, kuih-muih serta manisan.

Mereka tampil secocok dalam busana sedondon berwarna putih.

Terdahulu, pada 2015, Aida dan pelakon drama Isteri Untuk Diiktiraf itu bekerjasama menerusi beberapa projek drama terbitan produksi Aida iaitu A Aida Productions, namun hanya mula berhubungan cinta sejak aktor itu putus tunang, tiga bulan lalu.

Aida menerima Ariff atas faktor budi pekerti, sikap bertanggungjawab dan kekuatan pegangan agama dimilikinya.

4 Julai lalu, beliau dilamar dengan sebentuk cincin, dalam kejutan yang diatur Ariif di sebuah restoran Arab di ibu negara.

Difahamkan, majlis resepsi mereka akan berlangsung pada hari ulang tahun kelahiran Aida iaitu 20 April tahun hadapan, berlokasikan rumah peranginan Aida yang terletak di Janda Baik, Pahang

Aida yang memiliki tiga anak, terlebih dahulu telah berkahwin tiga kali.


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)