Kredit foto: Sinar Harian

Spekulasi mengenai perkahwinan Datuk A Aida terjawab apabila penerbit berusia 48 tahun itu disahkan bakal menamatkan zaman jandanya dengan aktor baharu bernama Wan Ariff, 29.

a aida nikah aktor muda sabtu ini 2

Kredit foto: Instagram A. Aida

Majlis akad nikah mereka diadakan pada Sabtu ini bersamaan 21 Julai, bertempat di kediaman sebelah perempuan iaitu di Ampang, Selangor.

a aida nikah aktor muda sabtu ini 4

Kredit foto: Instagram Wan Ariff

Difahamkan, Aida terlebih dahulu dikejutkan dengan lamaran Ariff ketika berada di lokasi sebuah restoran Arab di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 5 Julai lalu.

Beliau dilamar dengan sebentuk cincin Solitaire bertatahkan berlian, berlantarkan iringan petikan gitar.

Terdahulu, Aida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali, di mana salah seorang bekas suaminya ialah penyanyi Ameng (Spring), selain mempunyai tiga cahaya mata daripada dua perkahwinan tersebut.

Sumber berita: Kosmo




Hakcipta iluminasi.com (2017)