Oleh pada 14 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Penyertaan penyanyi Fara Hezel dalam program realiti Big Stage menemui pengakhirannya apabila diumumkan tersingkir dalam konsert minggu kedua yang berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Ahad.

Konsert bertemakan "Lit Throwback" itu diadili dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, bersama Tomok sebagai juri undangan.

Ia mencabar para peserta menyanyikan lagu-lagu 'throwback' yang pernah meletup sekitar tahun 90-an dan awal 2000.

Sementara itu, sembilan penyanyi yang berjaya melangkah ke persaingan minggu hadapan ialah Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima, Sissy Iman dan Wani Kayrie.

Mereka diadili 100 peratus menggunakan pemarkahan juri profesional.

Manakala salah seorang daripada tiga peserta dengan markah terendah disingkirkan berdasarkan jumlah undian penonton di rumah.

Berikut kami kongsikan kedudukan peserta mengikut markah penilaian juri serta komen-komen yang telah diberikan.

kedudukan peserta konsert kedua big stage 2018 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

1. Sissy Iman - Semoga Abadi

"Saya sanggup membayar untuk menonton persembahan sebegini! saya telah meletakkan tahap jangkaan yang tinggi kepada kamu" - Faizal Tahir

2. Sarah Suhairi - Kesetiaan

"Kamu telah memilih lagu yang betul dan telah bereksperimentasi dengan emosi dan gaya tersendiri" - Datuk Seri Siti Nurhaliza

3. Shafiq Farhain - Sambutlah Kasih

"Saya tidak mahu cakap banyak kerana kamu memang pandai menyanyi" - Faizal Tahir

4. Baby Shima - Ku Tak Akan Bersuara

Ekoran dari kejadian Baby Shima jatuh pengsan setelah selesai membuat persembahan pada malam tadi, penyanyi ini dikejarkan ke hospital dalam keadaan segera, tiada komen dari pihak juri.

5. Andi Bernadee - Layu Di Hujung Mekar

"Satu persembahan yang bagus, tetapi boleh dilakukan dengan lebih baik pada konsert akan datang" - Faizal Tahir

6. Afieq Syazwan - Alasanmu

"Saya suka tahap keyakinan kamu, pentas juga didominasi dengan baik" - Tomok

7. Tajul - Janji Kita

"Sebuah persembahan yang baik, 'music arrangement' yang segar serta tarian yang menarik" - Tomok

8. Ariff Bahran - Sejarah Mungkin Berulang

"Kamu tidak patut disingkirkan kerana perjalan di sini masih panjang, dan kamu telah menyanyikan lagu ini dengan baik sekali" - Tomok

9. Wani Kayrie - Akan Ku Tunggu

"Saya puji kesungguhan dan komitmen kamu pada malam ini walaupun kamu mengalami masalah kesihatan namun tetap berusaha melakukan persembahan dengan baik" - Datuk Seri Siti Nurhaliza

10. Fara Hezel - Cinta Tersimpul Rapi

"Saya cuba memahami, tetapi kamu mempunyai banyak kelemahan, jangan berputus asa, teruskan belajar" - Datuk Seri Siti Nurhaliza

Sumber: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)