Oleh pada 31 Dec 2018 kategori

lirik lagu temberang ayda jebat 1

Kredit foto: Instagram Ayda Jebat

Selepas setahun persiapan, penyanyi, Ayda Jebat, kini mampu menarik nafas lega apabila single terbarunya, Temberang, menjadi tular di kalangan pendengar.

Beliau yang mendapat khidmat penghasilan lagu daripada Ezra Kong dan Hael Husaini itu berkata, lagu rancak tersebut dilunaskan bersandarkan beberapa kriteria yang dititikberatkannya.

“Antaranya adalah perihal penukaran beberapa bait lirik dalam lagu Temberang. Lirik yang mereka hasilkan bagus, cuma ia memang seratus peratus Melayu.

“Jadi, saya meminta kebenaran daripada Ezra dan Hael untuk menukar liriknya sedikit agar lagu ini dapat diterima dengan mudah di Indonesia,” katanya kepada Kosmo Online.

Ujar Ayda, permintaannya itu dipermudahkan pula dengan persetujuan Ezra dan Hael sendiri menerusi alasan rasional yang diberikan.

lirik lagu temberang ayda jebat 2

Kredit foto: Instagram Ayda Jebat

“Ezra dan Hael risau juga jika lirik ini tidak dapat diterima oleh orang kita. Tetapi, setelah memberikan alasan kukuh, mereka yakin dan bersetuju untuk menukar lirik.

“Saya lihat ia sebagai satu toleransi yang bagus. Maklumlah, kadangkala ada perkara yang kita tidak nampak, jadi kerjasama antara saya dan komposer dapat melengkapkan karya ini sebaiknya,” katanya lagi.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, mempunyai perancangan tersendiri bersama pihak pengurusan, Xeno Entertainment (dahulu dikenali sebagai Paranormal Asia).

Promosi yang dijalankan dilihat berbeza daripada kebiasaan apabila mereka memutuskan untuk meluncurkan video muziknya terlebih dahulu.

“Saya faham, selalunya penyanyi akan melancarkan lagu terlebih dahulu sebelum klip video. Tetapi, saya mahukan satu cara promosi yang baharu agar lagu ini lebih senang untuk diterima oleh khalayak," jelasnya.

Menyambung bicara, penyanyi yang juga pelakon itu mengakui turut melibatkan diri dalam pembikinan video muzik yang penggambarannya berlangsung selama dua hari itu.

“Pada awalnya, kami merancang untuk menjalani penggambaran klip video ini di Dubai, tetapi, atas sebab-sebab tertentu, hasrat tersebut terpaksa dibatalkan. Jadi, saya hasilkan sebuah jalan cerita dan ia direalisasikan dengan sempurna oleh pengarahnya, Aaron Lee daripada Lenswork.

“Setelah selesai penggambaran, saya turut terlibat dalam proses suntingan bersama pihak Lenswork bagi mendapatkan hasil yang memuaskan,” katanya.

Lirik

Lagu: Temberang 

Penyanyi: Ayda Jebat

Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong

Lirik: Ayda Jebat, Hael Husaini & Ezra Kong

            

CHORUS

Duh’ aduh aduh aduh aduh abang

Aduh aduh aduh aduh jangan

Aduh aduh engkau temberang

Duh’ aduh aduh aduh aduh sayang

Aduh aduh silap besar abang

Aduh aduh kalau kau temberang

            

VERSE

Bilang pada ku, Apa kau mahu,

Mahu diriku, Dekat dekat tapi engkau malu

Katakan saja, Ku yang kau punya

Janji bahagia, Jangan biar tunggu lama-lama

          

PRE C/O

Kerna ku mahu kau selamanya untukku

Katakan engkau mahu

          

VERSE 2

Hadir dirimu dalam hidupku

Biar selalu malam - malam ku impikan kamu

           

Repeat PRE C/O

Repeat CHORUS

Solo

            

CHORUS

Duh’ aduh aduh aduh aduh abang

Aduh aduh aduh aduh jangan

Aduh aduh engkau temberang

              

BRIDGE

Aku tahu kau suka kerna aku juga sama

(Jangan kau temberang)

Aku tahu kau suka kerna aku juga sama

(Jangan kau temberang)

          

Jangan kau temberang

Jangan kau temberang


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)