Oleh pada 19 Mar 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Ayda Jebat

Lirik

Lagu: Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti)

Penyanyi: Ayda Jebat

Komposer: Ayda Jebat & Irwan Simanjuntak

Lirik: Ayda Jebat & Irwan Simanjuntak

           

Dahulu kau buatku terus terpaku

Kini kau tak seperti itu

Yang menjaga hatiku

          

Walaupun tlah ku berikan semua untukmu

Tapi yang terbaik dariku

Belum cukup bagimu

             

Kurang apa lagi yang harus ku beri

Jika memang cinta tak bisa memberi arti

Mana ada hati yang ingin trus disakiti

Untuk apa aku kau miliki lagi

              

Info

  • 'Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti)' disifatkan sebagai buah tangan Ayda kepada para peminat bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 17 Mac 2019.
  • Ditujukan kepada peminat yang tanpa lelah menjadi tulang belakang kepada perjalanan dunia seninya.
  • Menjadi kesinambungan lagu-lagu balada Ayda iaitu Bagaikan Pelangi dan Pinjamkan Hatiku (duet bersama Adi Priyo) yang sebelum ini mendapat reaksi positif pendengar.
  • Mencipta sendiri karya ini, bersama komposer daripada Indonesia, Irwan Simanjuntak.
  • Video lirik rasmi dilancarkan di medium sosial, YouTube, sejak 9 malam, dua hari lalu.
  • Juga di semua rangkaian digital mulai 29 Mac.
  • Menghiasi drama rantaian terbaru arahan Jamal Khan, Asalkan Dia Bahagia, gandingan sulungnya di layar kaca bersama pelakon Shukri Yahaya.
  • Sebelum ini, Ayda kekal selesa menempatkan diri dalam dunia nyanyian menerusi lagu-lagu meletup seperti Pencuri Hati, Nakal Nakal Nakal, Mata, Temberang dan banyak lagi.

             

lirik lagu mana ada hati ayda jebat 2

Kredit foto: Instagram Ayda Jebat

Sumber:

1. Wikipedia

2. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)