Oleh pada 14 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Ernie Zakri

Lirik

Lagu: Takkan Terlerai

Penyanyi: Syamel & Ernie Zakri

Komposer: Sharon Paul

Lirik: Ahmad Fedtri Yahya

         

Zahirkan apa kau rasa

Jujurkan segala kebenaran

        

Berat hatiku meluahkan

Tersudut menunggu kau bertanya

         

Biarkan waktu menyembuhkan

Yang pudar kembali bercahaya

        

Andai teguh takdir kita

Jauh terpisah

Bertaut jua

Usah ada sesiapa

Mendustakan cinta

           

Segala rasa tercipta

Tertutup usia

Takkan terlerai

        

Kujalinkan serpihan luka

Tak berdaya menanggung rasa

Terungkai semua resah jiwa

Bahagia selamanya

        

Biar terpisah kan bersama

        

lirik lagu takkan terlerai syamel ernie zakri 2

Kredit foto: Instagram Ernie Zakri

       

Info

  • 'Takkan Terlerai' merupakan projek lagu istimewa bersempena tayangan filem Jebat yang bakal menyusul di pawagam tidak lama lagi.
  • Ia juga rakaman duet kedua buat Syamel dan Ernie selepas kejayaan karya 'Aku Cinta'. 
  • Bakal didendangkan secara 'live' eksklusif dalam persembahan minggu setiausaha yang bakal berlangsung di Hotel Marriott Putrajaya pada 24 April hadapan. Sebahagian hasil kutipan persembahan akan disumbangkan kepada Yayasan Afdlin Shauki yang bertujuan membantu misi bantuan kemanusiaan di Syria. 
  • Sehingga kini, pasangan ini selesa melabelkan hubungan yang terjalin sebagai rakan duet yang mana masing-masing gembira bekerjasama dalam perkongsian idea ketika menjayakan persembahan pentas.
  • Terdahulu, Syamel dan Ernie mencuri tumpuan umum apabila dinobatkan sebagai juara program realiti, Duo Star musim pertama, termasuk menyandang anugerah Vokal Terbaik menerusi persembahan Aku Cinta di Anugerah Juara Lagu ke-32.
  • 'Takkan Terlerai' kini boleh didapati di semua wadah digital seperti iTunes , Apple Music , Spotify, Joox, Deezer dan KKBOX.

          

lirik lagu takkan terlerai syamel ernie zakri 3

Kredit foto: Instagram Ernie Zakri

Sumber:

1. Melodi

2. Mbuzz

3. Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)