Oleh pada 20 Apr 2019 kategori

lirik lagu meluruh alyah 1

Kredit foto: Instagram @alyah81

Lirik

(Verse)

Diamku tak bererti aku akur

Diamku tak bererti aku hancur

Isi hatiku bukan menzahirkan kita

Semua menjadi rahsia.

          

(Chorus)

Haruskah aku meluruh

Bagimu dosaku hina tak terhitung

Biar kali yang terakhir ku bertanya

Apakah sebenar yang kau inginkan dari diriku

        

(Verse)

Senyumku bukan kerna aku gembira

Senyumku bukan kerna aku bahagia

Setiap waktu jiwaku meronta resah

Merengkuh cinta yang makin tersisa

          

(Bridge)

Ku berikan kau segala di atas nama cinta 

Ku percaya bahagia kan jadi milik kita

Tiada yang aku pinta hanyalah keikhlasan jiwa

Tapi semua dusta

       

Kredit video: Youtube Warner Music Malaysia

          

Info

  • Meluluh merupakan karya ciptaan Alyah sendiri, bersama Slen dan Helen Yap.
  • Diterbitkan Warner Music Malaysia .
  • Ilham tercetus ketika beliau sedang memandu dalam hujan lebat, sebelum menghubungi Slen bagi melengkapkan bahagian lirik. Sementara khidmat Helep Yap pula dalam memberi sentuhan ketika lagu ini dalam proses disempurnakan.
  • Senikata sedikit sebanyak berkisar perjalanan kehidupannya sendiri.
  • Disiapkan sebelum beliau menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada Disember lalu.
  • Dilancarkan menerusi platform digital, semalam.
  • Serentak dengan pelancaran itu, video muzik lirik turut dimuatnaik di laman YouTube.
  • Single ini dijangka akan terus mengukuhkan nama Alyah selaku penyanyi genre balada yang sudah menjadi forte dirinya.
  • Sehingga kini jumlah tontonan video lirik Meluruh melebihi angka 30,000 di YouTube.
  • Terlebih dahulu, beliau tampil dengan lagu hits seperti Tak Mungkin Kerana Sayang, Kisah Hati, Kau Yang Terindah, Sesal Separuh Nyawa, Jutaan Purnama dan banyak lagi.

         

lirik lagu meluruh alyah 2

Kredit foto: Instagram @alyah81

Sumber: Astro Gempak



Hakcipta iluminasi.com (2017)