Oleh pada 02 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Kucaimars

Lirik

Lagu: Jawab

Penyanyi: Kucaimars

Komposer: Hang Nadim & Laq

Lirik: Hang Nadim

      

Verse 1

Bertanya pada malam

Apa aku masih lagi tetap sama

Berbezakah antaraku dengan dia

Masihkah aku memenuhi mahuku

       

Verse 2

Aku bertanya siang

Adakah esok juga kisah yang sama

Terlambung-lambung dengan tipu dunia

Mencari cahaya ditegak sinaran

      

Pre-Chorus

Manakah

Falsafah asas kita untuk cinta

      

Chorus 1

Melihat kau sedang lena

Dibuai mimpi yang sementara

Kau tinggalkanku

Tak beralasan mengapakah

     

Chorus 2

Engkau yang telah merubah

Berkali-kali sakiti aku

Kau remuk hati

Tergamaknya kau mengapakah?

          

Kredit video: Youtube Warner Music Malaysia

        

Info

  • Nama komersialnya, Kucaimars yang didakwa meniru nama penyanyi antarabangsa, Bruno Mars realitinya adalah gabungan bagi gelaran 'Kucai' diberikan cikgu disiplinnya di sekolah, manakala 'Mars' pula jenama coklat kegemaran beliau.
  • Dia yang awalnya gemar menyanyikan lagu-lagu saduran di media sosial, kini mendapat perhatian komposer-komposer ternama yang berminat menawarkan single untuk dirakamkan. Antaranya Akim Ahmad, Aizat Amdan, Aepul Drama Band, Zimi Sofarz dan Adi 6ixth Sense.
  • 'Jawab' yang menjadi pertaruhan sulungnya sebagai penyanyi, ciptaan komposer Hang Nadim (Akim Ahmad) dan Zimi Sofaz.
  • Sesi rakaman di dalam studio mengambil masa seharian suntuk kerana dirinya gagal menyempurnakan penghayatan lagu seperti yang diharapkan hingga dimarahi Zimi berkali-kali.
  • Senikata lagu ini mengisahkan seorang kekasih yang menduakan cintanya.
  • Baru sahaja dimuatnaik pada 29 Mac lalu di Youtube, video muzik Jawab mencuri perhatian warganet dengan kini sudah mencecah 'hits' melebihi 100 ribu tontonan, juga trending di laman itu.
  • Kucaimaras bakal tampil dengan single kedua yang lebih bersandar kepada citarasa muzik masa kini iaitu karya yang mengetengahkan rentak ‘catchy’.

           

lirik lagu jawab kucaimars 2

Kredit foto: Instagram Kucaimars

         

Sumber: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)