Oleh pada 27 Mar 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Faizal Tahir

Lirik

Lagu: Bikers Kental

Penyanyi: Akim Ahmad & Faizal Tahir

      

Hati-hati

Bila memandang dengan mata

Pandang sini

Takut nanti hati terlanggar

      

Jalan mati ada

Hikmah disebaliknya

Panas hujan tetap

Teruskan perjalanan

       

Walau bersama kita berpisah

Semua ada cerita berbeza

Susah senang tetap saudara

       

Kami bikers kental

Layan heavy metal

Nampak ganas tapi hati

Macam bantal

        

Kami bikers kental

Sikit sentimental

Nampak relax

Sebenarnya panjang akal

        

Jangan menilai hanya pada rupa

Kamu tak tau kamu tak tau

Jangan menilai hanya pada rupa

Kamu tak tau kamu tak tau

         

Biar tinggi

Tak lupa asal usul diri

Mati nanti

Biar jasa yang diingati

      

Susah senang

Lalui semua bersama

Bara api

Digenggam sampai jadi arang

         

Kredit video: Youtube Faizal Tahir

Kredit video: Youtube Meletop

         

Info

  • Faizal Tahir asalnya menyenaraikan nama Hazama sebagai antara pilihan rakan duet untuk projek rakaman lagu runut bunyi ini, sebelum akhirnya memilih Akim Ahmad atas faktor kesesuaian karakter vokal.
  • Faizal mengakui menyimpan hasrat bekerjasama dengan Akim seawal karier vokalis kumpulan Akim & The Majistret itu iaitu ketika penyertaannya dalam pertandingan realiti Akademi Fantasia musim ketujuh. 
  • Dalam pada itu, Akim pula mengakui menanti 10 tahun untuk kolaborasi bersama Faizal yang sudah diangkatnya sebagai idola dalam bidang seni suara.
  • Faizal menyifatkan kehadiran Akim sebagai seorang 'biker' itu mampu memberi warna kepada karya berkenaan yang berkisarkan dunia permotoran dan bertemakan semangat setiakawan.
  • Bait lirik 'Jangan menilai hanya pada rupa' ditulis untuk menggesa pendengar agar tidak menjadikan faktor fizikal luaran sebagai kayu ukur dalam menentukan nilai peribadi seseorang.
  • Filem Bikers Kental 2 garapan sutradara Helmi Yusof, menggandingkan nama-nama besar sebagai pelakon, antaranya Zizan Razak, Awie, Afdlin Shauki, Bront Palarae dan ramai lagi. Menjengah pawagam sejak 14 Mac lalu.

           

lirik lagu bikers kental akim ahmad faizal tahir 2

Kredit foto: Instagram Akim Ahmad

Sumber berita: Youtube Meletop




Hakcipta iluminasi.com (2017)