Oleh pada 06 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Sufian Suhami

Lirik

Lagu: Mencuba

Penyanyi: Sufian Suhaimi

Komposer: Sufian Suhaimi & Zynakal

Lirik: Sufian Suhaimi & Zynakal

        

Bercinta

Mengapa setiap percubaan tiada

Seperti peluang pertama

Pada mulanya bahagia

        

Bahagia

Semua yang ku rasa tak pernah sempurna

Mungkin masih belum masanya

Tetap ingin mencuba

        

Mencuba

Hampir mati aku mencuba

Jadi yang kau pinta

Tapi tak sempurna lagi

      

Mungkin sudah tak bahagia

Mungkin sudah takdirnya kita

Tak mampu bersama

Untuk selamanya

        

Oh pergilah cintaku

Selama-lamanya

Aku bahagia

        

Oh pergilah cintaku

        

Kredit video: Youtube Aries Music

Info

  • Sufian Suhaimi terlebih dahulu mencipta kejayaan besar bersama 'Di Matamu' yang dikaitkan dengan kisah putus tunangnya bersama aktres, Elfira Loy.
  • Sebelum itu, beliau meledak dengan single Terakhir, Harus Aku dan Terasa Ada.
  • Selepas setahun tanpa 'buah tangan' baharu, percaturan karier seninya diteruskan menerusi 'Mencuba' hasil sentuhannya sendiri bersama teman seangkatan, Zynakal.
  • Dilancarkan di platform digital sejak 4 April 2019. 
  • Selepas dua hari dikongsi di Youtube, jumlah tontonan video muzik itu menghampiri angka 800,000, juga menghuni tangga kedua kedudukan carta trending terkini.
  • Arahan Aizat Rush, video muzik lagu berdurasi empat minit itu turut menampilkan Aida Farhani yang memegang watak sebagai teman wanita Sufian.
  • Begitupun, babak di helikopter mencetuskan kontroversi apabila ada netizen mendakwa momen itu seperti sengaja ditujukan kepada bekas kekasihnya, Elfira yang pernah membuat kejutan menaiki helikopter ketika hari lahir Sufian yang ke-25 sekitar dua tahun lalu.
  • Sufian bagaimanapun menafikan ia adalah sindiran, sebaliknya hanyalah penceritaan jalan kehidupannya, selain bait-bait lirik pula ditujukan buat individu yang sedang mencuba dalam kehidupan, percintaan, kerjaya atau apa sahaja sekalipun.
  • Penghasilan karya ini terjadi secara kebetulan ketika beliau sedang bersantai bersama penyanyi dan komposer, Zynakal di kediamannya.

         

lirik lagu mencuba sufian suhaimi 2

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

         

Sumber:

1. MHETV

2. Astro Gempak

3. Era FM

4. Instagram Sufian Suhaimi




Hakcipta iluminasi.com (2017)