Oleh pada 12 May 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @raihaninternational

Lirik

Lagu: Sesungguhnya2019

Penyanyi: Alif Satar & Raihan

Komposer: Nazrie Johanie

Lirik: Nazrie Johanie

      

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu

Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu

       

Tapi aku tidak mengerti

Mengapa cinta masih tak hadir

Tapi aku tidak mengerti

Mengapa rindu belum berbunga

      

Sesungguhnya walau kukutip

Semua permata di dasar lautan

        

Sesungguhnya walau kusiram

Dengan air hujan dari tujuh langit Mu

      

Namun cinta takkan hadir

Namun rindu tak akan berbunga

      

Ku cuba menghulurkan

Sebuah hadiah kepada Mu

Tapi mungkin kerana isinya

Tidak sempurna tiada seri

      

Ku cuba menyiramnya

Agar tumbuh dan berbunga

Tapi mungkin kerana airnya

Tidak sesegar telaga kautsar

       

Jika tidak mengharap rahmat Mu

Jika tidak menagih simpati

Pada Mu ya Allah

       

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku

Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu

Moga ku tahu

Syukurku adalah milik Mu

       

Kredit video: Youtube Alif Satar

Info

  • Sesungguhnya2019 merupakan versi baharu lagu asal, Sesungguhnya yang pernah meledak sekitar tahun 2007. Kali ini menampilkan kolaborasi bersama penyanyi popular, Alif Satar sekaligus memberi nuansa baharu kepada karya berkenaan.
  • Hasil sentuhan The Locos iaitu ahli band yang kerapkali mengiringi persembahan Alif dengan olahan oleh Efry dan Tam Cobain, diiringi tiupan seruling Faliq, bersama Yuri yang bertindak selaku pemain drum.
  • Ahli kumpulan Raihan yang terlibat dalam rakaman ini ialah Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim.
  • Untuk info, lagu Sesungguhnya versi asal dirakamkan sewaktu Alif masih berusia tujuh tahun.
  • Dilancarkan di seluruh pelantar digital muzik seperti Spotify, JOOX, iTunes dan sebagainya, termasuk YouTube mulai 10 Mei lalu.
  • Kini selesa menduduki tangga teratas carta Trending YouTube Malaysia dengan catatan jumlah tontonan lebih 1.3 juta selepas dua hari dilancarkan.

lirik lagu sesungguhnya 2019 alif satar raihan 2

Kredit foto: Instagram @raihaninternational

Sumber:

1. Mstar

2. Astro Awani

3. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)