Oleh pada 23 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Naim Daniel

Lirik

Lagu: Sumpah

Penyanyi: Naim Daniel

Komposer: Naim Daniel & Omar K

Lirik: Naim Daniel

        

Verse

Jika

Harusku bersabar

Dengan segala derita

Ku terima

      

Jika

Pahitnya terasa

Bagai dipenjara tanpa bicara

Ku rela

       

Cinta

Akan ku mengasihimu

Sehingga nadiku tiada lagi berlagu

       

Chorus

Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya

Terangilah gelapku walau dalam gelita

Dengarkanlah aku

Jiwaku tulus untukmu

      

Bridge

Ku harap kau mendengar apa yang ku bisikan selama ini

Tanpamu seluruh nyawa tak bermakna

       

Andainya bumi tidak mampu berputar lagi

Sumpah setiaku kan tetap ada di sini

       

Kredit video: Youtube World Peace Entertainment

       

Info

  • Naim merupakan penyanyi muda berusia 22 tahun yang memperjuangkan genre muzik Pop dan R&B.
  • Sebelum ini gemar berkongsi video lagu cover nyanyiannya di media sosial, antaranya Perfect dendangan asal Ed Sheeran, Derita (Isma Sane), Di Matamu (Sufian Suhaimi), Kisah Antara Kita (One Avenue Band) dan Tak Tun Tuang (Upiak).
  • Mengumpul lebih 750,000 pengikut di Instagram.
  • Artis naungan syarikat rakaman World Peace Entertaiment.
  • 'Sumpah' single terkininya selepas dua karya terdahulu, Sekali Lagi dan Sempurna.
  • Hasil ciptaan beliau sendiri bersama komposer Omar K, manakala lirik juga nukilannya.
  • Dipilih sebagai runut bunyi drama Pia yang menampilkannya sebagai watak Budi.
  • Video muzik rasmi yang dimuat naik sejak 19 April lalu sehingga kini ditonton lebih 600,000 kali, malah menduduki tangga pertama carta trending YouTube.

       

lirik lagu sumpah naim daniel 2

Kredit foto: Instagram Naim Daniel

Sumber:

1. Wikipedia

2. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)