Oleh pada 18 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Zulin Aziz

Lirik

Lagu: Jadikan Aku Yang Halal

Penyanyi: Zulin Aziz & Iqa Nasra

Komposer: Zulin Aziz

Lirik: Zulin Aziz

       

Apa kau sedari apa kau mengerti

Sebab ku disini kau minta menanti

Apa pun terjadi walau tersakiti

Ya Allah sabarkanlah hati

       

Ku tak berhenti tak pernah berlari

Ku tetap disini cuba memahami

Apa pun terjadi kau dalam doaku

Ya Allah tunjuk kepadaku

       

Permudahkanlah jika dia milikku

Kau satukanlah sehingga jannahmu

Perkenankanlah segala doaku

Ya Allah ya tuhanku

        

Jadikan aku halal buatmu

       

Kredit video: Youtube Seventeen Eleven Music

        

Info

  • 'Jadikan Aku Yang Halal' hasil ciptaan sepenuhnya oleh Zulin Aziz sendiri.
  • Tampil bersama pasangan duet, Iqa Nasra yang juga protege Edry Abdul Halim dalam program Mentor 5.
  • Berasaskan lirik berbentuk doa sebagai kesinambungan kepada single terdahulunya, Dan Ketika Itu.
  • Penggambaran video muzik disempurnakan di Kota Madinah dan Makkah selepas beliau selesai mengerjakan rukun umrah, baru-baru ini.
  • Zulin menafikan karya dan video muzik ini adalah gimik untuk memperkenalkan lagunya.
  • Menegaskan penceritaan karya itu juga tiada kaitan dengan kisah cinta lalu atau sebagainya.
  • Senikatanya mengisahkan seorang wanita yang berdepan situasi 'friend zone' oleh lelaki yang disayangi.
  • Karya penuh penghayatan dan jalan cerita diterjemahkan dalam video muzik berjaya mengusik emosi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak di media sosial.
  • Video muzik yang turut menampilkan Aeril Zafrel ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube  Seventeen Eleven Music sejak semalam, 17 April, jam 9 malam.
  • Terdahulu, video muzik single terdahulu beliau, Dan Ketika Itu pernah menduduki Carta Trending Youtube Malaysia dengan lebih 5.6 juta tontonan.

       

lirik lagu jadikan aku yang halal zulin aziz iqa nasra 2

Kredit foto: Instagram Zulin Aziz

Sumber:

1. MHE TV

2. Astro Gempak

3. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)