Oleh pada 30 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Ismail Izzani

Lirik

Lagu : Berserah

Penyanyi: Zizan Razak feat Ismail Izzani

Komposer: Alif

Lirik: Ariz for Talegas Production

       

Chorus

Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku

Ku berserah kepada Mu

Jika salah silap puncanya aku

Ku berserah kepada Mu

Tapi ini pilihanku

        

Verse 1   

Sesamar malam, nampak kelibat balik bamboo

Terdengar berlagu keliru pungguk atau hantu

Atau mungkin aku, yang masih lagi ragu-ragu

Hingga terbalik baju masih jumpa jalan buntu

        

Satu dua kali salah, ada peluang lagi

Tapi jadi tiga kali, mana lagi mahu lari

Banyak hati ku sakiti dan janji yang diubah

Bukan bersama Jebat walau gaya tolak Tuah

        

Bukannya tak sedar aku kekhilafan

Kadang ku diduga untuk baiki kesilapan

Jadi alang-alang nekad, kusorokkan hakikat

Biar aku berserah kalau neraca ku diangkat

      

Verse 2   

Tiada benci yang kekal, tiada kasih yang kekal

Penghujung tak sempurna bila cinta sukar tekal

Dibolak-balik pasti, dimainkan emosi

Diorak-arik dalih menghalal yang tidak boleh

       

Makin hari makin aku dapat lihatkan dejavu

Indah yang dirasa berbeza tak macam dilagu

Rawan mencengkam hati, disalah dan dicaci

Aku berdosa lagi demi kau yang kekal suci

          

Jadi selagi ada nyawa jangan siapa hukum aku

Selagi ada nyawa taubat itu hak aku

Jangan nak berdiri antara aku dan pencipta

Itu saja yang ingin ku pinta

       

Outro

Satu kali salah, Dua kali salah

Tiga kali sampai berapa kali boleh salah

Lumrah manusiawi bila lebih dua kali

Takkan kita diberi peluang lagi

        

Ku berserah,

Bukan cuba tegakkan benang yang basah

Yang ku lakukan ini salah tetap salah

Tapi ini saja jalan walau jatuh hukum

Jumpa lagi nanti, salam. Assalamualaikum

          

Kredit video: Youtube Rocketfuel Network

       

Info

  • Jadual kerjaya seni yang bercanggah sedikit menyukarkan projek kerjasama yang diatur.
  • Ilham bergelar rakan gandingan berlaku secara spontan selepas muncul berdua dalam 'Instagram Live'.
  • Zizan terlebih dahulu meluahkan hasrat berduet bersama Ismail sebelum projek itu direalisasikan atas kata sepakat bersama pihak pengurusan masing-masing.
  • Sehingga kini, video lirik rasmi Berserah yang dimuat naik di Youtube sejak 26 April lalu mencapai lebih setengah juta tontonan serta menduduki carta trending.

           

lirik lagu berserah zizan razak feat ismail izzani 2

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

        

Siapa Zizan di mata Ismail?

  • Artis kegemaran.
  • Kawan rapat yang juga umpama abang sendiri kerana teringin mempunyai abang sejak kecil.
  • Mempunyai minat yang sama dalam bidang fotografi. Sering berkongsi teknik-teknik fotografi dan suntingan.
  • Seorang yang 'fun'.
  • Suka memberi nasihat.
  • Tempat meluah pendapat dan menceritakan masalah.

         

lirik lagu berserah zizan razak feat ismail izzani 3

Kredit foto: Instagram Ismail Izzani

        

Siapa Ismail di mata Zizan?

  • Antara penyanyi kegemaran.
  • Mempunyai gaya muzik R&B yang tersendiri.
  • Meminati 'muzik Ismail' meskipun akui tidak mampu membawa genre penyanyi muda itu.

       

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Astro Awani

3. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)