Oleh pada 10 Jul 2019 kategori

lirik lagu kasihku selamanya siti nurhaliza 1

Kredit foto: Instagram @crankymusic

     

Lirik

Lagu: Kasihku Selamanya

Penyanyi: Datuk Seri Siti Nurhaliza

Komposer: Aubrey Suwito

Lirik: Ad Samad

     

Sayangiku

Sayangku

Seperti sayangnya ku padamu

     

Ku tagih kasihmu

Ku raih darimu

Semangat cinta paling agung

     

Telahku katakan kepadamu

Engkau dan aku selamanya

Biarpun berakhir masa terhenti nyawa

Ku masih kan mencinta

     

Telah kau berjanji kepadaku

Setiamu selamanya

Akulah satu-satunya

Yang akan kau cinta

      

Sayangiku

Sayangku

Sayangi hanya aku

Sayangku

     

Ku dendam rindumu

Ku idam darimu

Kasmara cinta paling pijar

     

Ku di dalam kerasukan

Kau begitu mengasyikkan

Maaf kiranya ku tersimpang

      

lirik lagu kasihku selamanya siti nurhaliza 2

Kredit foto: Instagram @ctdk

      

Info

  • Menguasai tangga teratas carta jualan digital iTunes (Malaysia) sebaik pelancarannya tengah malam tadi, sekaligus mengetepikan lagu SeƱorita nyanyian Shawn Mendes dan Camila Cabello yang kini berada di tangga kedua.
  • Karya yang mengandungi elemen seram ini sudah dirakamkan kira-kira tiga bulan lalu iaitu sebelum tibanya bulan puasa lagi.
  • Siti akui banyak memberi fokus dalam menyerlahkan 'mood' melodi yang dikatakan seperti punya 'hantu', apatah lagi dengan penggunaan muzik instrumen piano yang memuncakkan emosi berkenaan.
  • Dipilih sebagai runut bunyi filem Dendam Pontianak yang bakal menjengah pawagam pada 29 Ogos, lakonan Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid dan ramai lagi.
  • Kasihku Selamanya, melodi ilham Aubrey Suwito dengan lirik dihasilkan Ad Samad kini boleh didengar di semua platform digital.

     

Sumber:

1. Astro Gempak [1, 2]

2. Kosmo



Hakcipta iluminasi.com (2017)