Oleh pada 25 Jun 2019 kategori

lirik lagu bukan cinta aku dinie khai 1

Kredit foto: Instagram @dinienkhai

      

Lirik

Lagu: Bukan Cinta Aku

Penyanyi: Dinie & Khai

Komposer: L.Y.

Lirik: Baiduri

     

Andai kau cinta kepadanya

Jagalah dia sepenuh jiwa

Doakan ku juga bahagia

Lebih terbaik waktu bersamamu

     

Namun jika cintamu kerna

Engkau tertekan keterpaksaaan

Beranikan kembali padaku

Aku pertahankan seluruh nyawaku

      

Cinta kita anugerah yang terindah

Seribu tahun tak mungkin berubah

Kita telah berjanji Sehidup semati

Sehingga ke syurga

      

Dia hanya ingin kita berpisah

Namun tak mudah ku lepas menyerah

Percintaan ini pasti

Milikku selama-lamanya

Percintaan ini pasti milikku selamanya

Hadiah Tuhan untuk kita berdua

     

Cinta kita anugerah yang terindah

Seribu tahun tak mungkin berubah

Kita telah berjanji sehidup semati sehingga ke syurga

     

Kredit video: Youtube Kelarai Sakti

       

Biodata Ringkas Dinie & Khai

Dinie

  • Nama sebenarnya, Muhammad Dinie Abdul Rashid.
  • Berusia 26 tahun.
  • Lahir di Pulau Pinang.
  • Merupakan Ikon bagi Program Kau Sumber Inspirasi Ku, Persatuan Siswazah Wanita Malaysia .
  • Menderita penyakit 'molecular dystrophy' hingga mengakibatkan saraf di bahagian matanya rosak. Keupayaan penglihatannya kini hanya tinggal 20 peratus.
  • Pernah muncul dengan single Pemilik Segalanya, hasil ciptaan komposer Adi Six Sense. Karya berkenaan terpilih sebagai runut bunyi (OST) beberapa drama bersiri televisyen.

     

Khai

  • Nama sebenarnya, Khairil Azreen Jasni.
  • Berusia 25 tahun.
  • Berasal dari Meru, Klang, Selangor.
  • Mempunyai penyakit mata Glaucoma.
  • Pemegang Anugerah Dekan sewaktu menuntut jurusan Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM) meskipun pengajian itu hanya bertahan sekerat jalan kerana kecacatan mata kiri dialaminya.

     

lirik lagu bukan cinta aku dinie khai 2

Kredit foto: Instagram @dinienkhai

    

Sumber:

1. Utusan

2. Youtube Kelarai Sakti



Hakcipta iluminasi.com (2017)