Oleh pada 17 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Laman Big Stage

                  

Penyanyi Sarah Suhairi bakal terbit dengan single terbaharu berjudul Nyawa & Raga.

Sarah yang sebelum ini dikenali menerusi single Pedih, akan membawakan lagu baru ciptaan Room None dan lirik oleh Iman Imran itu dalam konsert akhir program realiti Big Stage pada Ahad ini.

Sementara itu, video lirik pula dijangkakan akan dimuatnaik di laman Youtube mulai minggu hadapan, begitu juga promosi di corong-corong radio selepas berakhirnya pertandingan nyanyian berkenaan.

Adakah single kedua Sarah ini bakal membawa tuah kemenangan kepada beliau di konsert akhir Big Stage nanti? Sama-sama kita nantikan.

Untuk info, selain Nyawa & Raga, Sarah juga diberi mandat untuk menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu dipopularkan Ning Baizura untuk segmen 'cover penentuan'.

Ia dijangkakan bakal menjadi persaingan terhangat di antaranya bersama empat lagi finalis lain iaitu Syafiq Farhain, Baby Shima, Wani Kayrie dan Afieq Shazwan.

Sementara menantikan konsert kemuncak hujung minggu ini berlangsung, berikut kami kongsikan lirik lagu Nyawa & Raga khas buat pembaca.

lirik lagu nyawa raga sarah suhairi 2

Kredit foto: Instagram Sarah Suhairi

Lirik

Aku nyawa engkau raga

Yang ditakdirkan bersama

Dan berdua kita warnai dunia

                     

Kita ada bukan untuk cari satu kesempatan

Engkau hadir penuh ikhlas kepadaku

                           

Benar ku sukar ungkapkan kata sayang

Tapi pasti dirimu selalu di hati

Tak sekali dirimu pernah ku lupa

Walau sedetik takkan pernah singgah

                        

Wahai temanku ingin diriku tahu

Kasih penuh dalam hati hanya untuk kamu

Tiada ego dan rasa pentingkan diri

Iri dan benci tak pernah

                           

Dan kau hadir

Dalam suka dan duka

Tak pernah kau menjauh dariku

                             

Andai nanti terpisah

Dirimu selalu di hati

Tetaplah kau bersinar sahabat 

                             




Hakcipta iluminasi.com (2017)