Oleh pada 17 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Laman Big Stage

                     

Penyanyi Wani Kayrie, 18, kini muncul dengan lagu baharu berjudul Saat Terindah ciptaan sepenuhnya oleh Rudy Kasmaran.

Wani yang sebelum ini popular menerusi Jangan Jangan, menjadi antara peserta yang berjaya menjejakkan kaki ke konsert akhir Big Stage yang akan berlangsung pada Ahad ini.

Saat Terindah yang bakal didendangkan secara penuh dan eksklusif buat pertama kalinya dalam persembahan di pentas akhir, menjadi satu antara dua lagu tugasan beliau.

Lagu bergenre balada itu bagaimanapun telahpun diperdengarkan dalam versi akustik menerusi rancangan Big Stage Unplugged sebentar tadi.

Manakala, video lirik untuk versi studio dijangka akan dimuatnaik di laman Youtube pada minggu hadapan bersama publisiti di corong-corong radio usai berakhirnya program Big Stage.

Lain-lain finalis akhir iaitu Syafiq Farhain, Sarah Suhairi, Afieq Shazwan dan Baby Shima turut diberi ruang memperkenalkan lagu-lagu single terkini mereka dalam persembahan kemuncak yang juga akan menentukan siapakah juara musim pertama program realiti itu.

Untuk rekod, Wani yang mula menyanyi sejak usia enam tahun pernah menjuarai sebuah lagi program realiti nyanyian terbitan Astro Ceria sewaktu zaman kanak-kanaknya iaitu Kamilah Bintang. 

Wani dilihat antara bintang muda yang bekerja keras dalam memartabatkan karier seninya ke peringkat yang lebih ulung dengan memberanikan diri memasuki pelbagai jenis pertandingan sepanjang membesar.

Perjuangannya dalam Big Stage ternyata tidak sia-sia apabila menunjukkan peningkatan mengejutkan di konsert separuh akhir lalu hingga menduduki kedudukan kedua mengikut pemarkahan juri profesional.

Usaha keras pasti berbuahkan kejayaan, hanya menanti rezeki yang kunjung tiba samada lambat atau cepat.

Peminat Wani semestinya mengharapkan lagu 'Saat Terindah' ini bakal memberi tuah kepada beliau di konsert akhir nanti, jika tidak juara, paling tidakpun dalam senarai 'top three'.

Apapun, kami doakan yang terbaik untuk bintang muda yang bernaung di bawah syarikat rakaman Suria Records ini.

Sementara kita nantikan Ahad ini, berikut kami kongsikan lirik lagu Saat Terindah yang diramalkan bakal meledak sekaligus membawa nama Wani ke satu lagi tahap atas.

lirik lagu saat terindah wani kayrie 2

Kredit foto: Instagram Wani Kayrie

Lirik

Saat pertama kalinya

Ku melihat dirimu

Saat kau tersenyum manja

Dibelai lembut wajahmu

                        

Saat terindah

Tak pernah ku merasa sebegini

Sakitnya

Tak pernah ku menyangka

Kau pergi buat selamanya

                        

Terkedu ku melihat

Pemergianmu menghantui diriku

Ku menafikan ketiadaan ini

Sedarkan aku dari kenyataan ini 

                      

Saat pertama kalinya

Kau melihat diriku

                




Hakcipta iluminasi.com (2017)