Oleh pada 17 Sep 2018 kategori

lirik lagu darjat afieq shazwan 1

Kredit foto: Laman Big Stage

               

Penyanyi Afieq Syazwan, 21, bakal tampil dengan single kedua berjudul Darjat sebagai pertaruhan di konsert akhir program realiti Big Stage yang akan berlangsung pada Ahad ini.
                     
Afieq yang sebelum ini meledak dengan single Seandainya, buat pertama kali menyanyikan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Gouffran dan Ibnu itu dalam bentuk akustik di rancangan Big Stage Unplugged sebentar tadi.
               
Bagaimanapun lagu tersebut hanya akan diperdengarkan secara penuh buat pertama kalinya di konsert akhir Big Stage nanti, disusuli dengan video muzik dalam versi studio yang akan dimuatnaik di laman Youtube.
                    
Dalam konsert hujung minggu ini, setiap finalis akhir diberi tugas untuk menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu cover dan lagu single terkini.
                  
Ia bakal membuka ruang kepada lima bintang yang bertanding bagi memperkenalkan lagu 'buah tangan' terbaharu mereka buat peminat dalam versi 'live' di pentas berskala mega yang disaksikan jutaan penonton.
                    
Lazimnya, lagu single peserta yang bertanding di peringkat akhir mana-mana rancangan nyanyian terbitan Astro akan mendapat liputan meluas menerusi promosi yang akan dijalankan di mana stesen radio di bawah naungan Astro khususnya Era FM akan memutarkan lagu-lagu berkenaan hingga menduduki carta teratas pilihan pendengar. 
                    
Ia pastinya suatu kelebihan buat Afieq serta empat lagi finalis akhir Big Stage iaitu Syafiq Farhain, Sarah Suhairi, Wani Kayrie dan Baby Shima dalam memenangi hati pendengar muzik Malaysia.
                      
Di sini kami kongsikan lirik single Darjat nyanyian Afieq yang dijangka bakal menjadi hits beberapa ketika selepas ia dilancarkan nanti.
                       

lirik lagu darjat afieq shazwan 2

Kredit foto: Instagram Afieq Shazwan

Lirik

Wajarkah diriku

Membuka hati ini

Untuk membenarkan

Cinta berputik semula

                    

Layakkah insan ini

Untuk diterima

Dan dicintai

Serba kekurangan

Tiada apa untuk dibanggakan

                         

Meskipun aku tahu

Aku bukan pilihan terbaik untukmu

Dan aku sedari

Darjatku bertempatnya di mana

                           

Mampukah diriku

Membuka hati ini

Untuk membenarkan

Cinta berputik semula 


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)