Oleh pada 17 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Laman Big Stage

                  

Syafiq Farhain menjadi antara peserta yang terpilih ke peringkat akhir Big Stage 2018.

Sebagai ganjaran, beliau diberi peluang untuk menyanyikan single baharunya berjudul Aku Jatuh Cinta sebagai salah satu lagu tugasan di konsert penentuan itu.

Ia merupakan karya ciptaan Room None dan lirik oleh Iman Imran.

Kredibiliti Syafiq selaku penyanyi sememangnya tidak wajar disangkal kerana sepanjang penyertaannya dalam program realiti berkenaan, dirinya sering dilontar dengan kata-kata pujian daripada juri tetap, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.

Justeru ada yang meramalkan single terkininya ini bakal membawa tuah kemenangan kepada beliau di pentas akhir yang bakal ke udara pada Ahad ini, jam 9 malam di saluran Astro Ria, dipancarkan secara langsung dari Auditorium MBSA.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertarungan antaranya dan empat lagi bintang muda iaitu Sarah Suhairi, Afieq Shazwan, Baby Shima dan Wani Kayrie.

Sebuah lagi lagu untuk segmen 'cover penentuan' yang bakal dipertaruhkan beliau berjudul Antara Hujan Dan Airmata dendangan asal penyanyi lagenda, Sudirman Haji Arshad dan pernah juga dipopularkan semula oleh bapanya, Saleem Iklim. 

Sementara meredakan debaran konsert akhir, berikut kami kongsikan lirik lagu Aku Jatuh Cinta.

lirik lagu aku jatuh cinta syafiq farhain 2

Kredit foto: Instagram Syafiq Farhain

Lirik

Kau selalu ada di dalam hatiku

Padamu jatuh hatiku

Kau ikat hatiku dengan rindu

Jiwa meronta tagih kasihmu

                      

Inikah yang dinamakan cinta

Buatku separuh gila

Bayangmu selalu menghantuiku

Di setiap detik dan waktu

                  

Aku gagal menahan perasaan

Memaksaku menyayangimu

                      

Aku jatuh cinta padamu

Mungkinkah kau juga begitu

Katakan sepenuh cintamu

Seutuhnya hanya untukku 

                     

Kau ikat hatiku dengan rindu

Jiwa meronta

Tagih kasihmu 




Hakcipta iluminasi.com (2017)