Kredit foto: Instagram Sarah Suhairi & Instagram Blackpink

Penyanyi Sarah Suhairi terkejut apabila video persembahan nyanyiannya untuk lagu Kpop Ddu Du Ddu Du turut mendapat perhatian daripada penyanyi asal Blackpink.

Nyanyian pada konsert Big Stage itu pada awalnya menjadi tular pada minggu lalu, sebelum trending di Youtube sehingga menjadi buah mulut di kalangan masyarakat Korea.

"Saya tidak jangka video itu mendapat reaksi masyarakat Korea dan ramai yang komen dan buat video semata-mata komen video saya menyanyikan lagu Ddu Du Ddu Du minggu lalu.

"Malah, penyanyi asal Blackpink turut mengulang kicau video itu di Twitter milik mereka," katanya kepada Mstar.

Penyanyi lagu Pedih itu mengakui, terpaksa mengambil masa sehingga seminggu untuk menghafal lirik lagu tersebut khususnya di bahagian rap.

Apatah lagi dia tidak memahami bahasa asing berkenaan, justeru perlu belajar tentang cara menyebut bait-bait lirik dengan betul.

selepas tular sarah suhairi dapat perhatian blackpink pula 2

Kredit foto: Instagram Sarah Suhairi

"Ia cabaran buat saya kerana tidak pernah menyanyikan lagu Kpop kerana terpaksa menghafal lirik dengan sebutan yang betul.

"Alhamdulillah, walaupun tidak memahami apa yang saya nyanyikan, tapi menerusi maklum balas ramai yang kata sebutan saya hampir tepat," katanya.

Menyentuh perjuangannya dalam rancangan realiti itu, Sarah nekad memberikan saingan dengan menjanjikan prestasi terbaik pada setiap konsert.




Hakcipta iluminasi.com (2017)