Oleh pada 31 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @cloudworksrecord

Penyanyi Aishah kini hadir dengan buah tangan lagu terbaru berjudul Malar.

Dalam penerbitan single bergenre balada itu, Aishah bekerjasama dengan Hazami yang bertindak selaku pencipta melodi dan juga senikata.

Difahamkan, kerjasama mereka berjalan dengan baik kerana hubungan yang terjalin sejak sama-sama menyertai program realiti Gegar Vaganza musim keempat tahun lalu.

lirik lagu malar aishah 2

Kredit foto: Instagram Aishah

Manakala, Helen Yap pula memikul tanggungjawab sebagai penerbit serta penggubah susunan lagu dengan turut sama menyelitkan elemen 'live string' dalam rakaman tersebut.

Menurut Aishah, beliau amat berpuas hati dengan karya kali ini kerana menyifatkan ia seumpama lagu-lagu hits beliau yang pernah popular suatu ketika dahulu, cuma perbezaannya terletak pada elemen muzik yang dibawakan iaitu secara 'live string'.

Khas buat anda, berikut kami kongsikan lirik penuh lagu Malar.

MALAR - AISHAH

LAGU & LIRIK: HAZAMI (MUSIC AND ME PUBLISHING)

                       

TAK AKAN PERNAH PUDAR

KAN TERUS TEKAL SAYANG

TEGUH DI JIWA TETAP SAMA APA KU RASA

                          

SUB BRIDGE

HATIKU TIADA RAGU

KASIH HANYA PADA KAMU

              

CHORUS

KU BERIKAN SEGALA CINTA

TIAP PENGORBANAN KU RELA

SEUMUR HIDUP INI SAMPAI SYURGA

BUAT KAU BAHAGIA SENTIASA

BERSAMA JAGAKAN AGAR CINTA MALAR

BIAR DATANG APA HALANGAN YANG MENDUGA

TAK MAMPU TANPAMU KEKASIHKU

TERIMA KASIH SAYANG

CINTA MEWANGI MEKAR

TUHAN KU PINTA TOLONGLAH JAGAKAN DIRINYA 

                

Rujukan:

1. Astro Gempak

2. Youtube Kerja Awan




Hakcipta iluminasi.com (2017)