Oleh pada 02 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Ismail Izzani

Penyanyi remaja, Ismail Izzani bakal terbit dengan single terbaharu berjudul Bidadari dalam tempoh terdekat ini. 

Menurut Ismail, lagu yang asalnya bergenrekan balada itu, kemudiannya ditukar kepada versi yang lebih rancak untuk rakaman studio.

"Lagu Bidadari ini pada asalnya tidak rancak, tetapi kami sedang berusaha keras untuk menukarkannya kepada irama yang lebih rancak.

"Single Luar Biasa sebelum ini menampilkan muzik rancak, dari situ kami berbincang tentang kesesuaian dan penerimaan peminat," katanya kepada Astro Gempak dalam laporan pada Julai lalu.

Lewat malam tadi, Ismail menerusi laman Instagram memberikan bayangan lagu itu akan menemui peminat tidak lama sahaja lagi. 

Sebelum ini, Ismail telah menghasilkan tiga buah single iaitu Sabar, Demi Kita dan Luar Biasa. 

Video muzik single terdahulunya iaitu Luar Biasa yang dimuatnaik di laman Youtube pada Mac lalu sehingga kini telahpun meraih lebih 15 juta tontonan dan pernah menduduki carta trending sewaktu dilancarkan.

Bagaimana pula bentuk buah tangan terbaharunya kali ini? Sama-sama kita nantikan.

Berikut kami kongsikan liriknya:

                                   

lirik lagu bidadari ismail izzani 1

Kredit foto: Instagram Ismail Izzani

                                       

Verse

Bukan nak kurang ajar

Tapi ku tak sengaja

Kau pun tahu

            

Darah muda tak sabar

Aku mahu semuanya

Tak hiraukan mu

             

Tak pernah pula aku fikirkanmu

Walaupun kau selalu fikirkanku

Asyik membuatmu derita

Nak pendekkan cerita

Ku tahu ku bersalah

              

Pre Chorus

Terlalu sibuk melayan hati ku

          

Chorus

Kau tetap ada

Walaupun diriku tak sempurna

Dan tiada mati

Kasih kau di hati

‘Tuk sepanjang hidup ku

         

Kau terima ku seadanya

Biarpun kau sering ku luka

Bidadariku

Bidadariku

            

Verse 2

Beri kan ku peluang

Silapku takkan ulang itu janjiku

I will be your number one

And light up like the sun

Yang kau harapkan

             

Seharusnya selalu fikirkanmu

Kerana kau selalu fikirkanku

Takkan membuatmu derita

Nak pendekkan cerita

Ku tahu ku bersalah

          

Pre Chorus

Kan ku jaga tiap sudut, hati mu

              

Repeat Chorus

            

Bridge

Harap kau maafkanku

Kau hidup dan matiku

Percayalah ku akan berada

Sentiasa hanya disisimu

            

Kau yang satu bidadariku

Repeat Chorus




Hakcipta iluminasi.com (2017)