Oleh pada 02 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @sitinordiana

       

Lirik

Lagu: Satukan Rasa

Penyanyi: Siti Nordiana & Khai Bahar

Komposer: Dinda & Kanda

Lirik: Iman Imran

     

Lamaku simpan perasaan ini

Tanpa terduga rasa cinta hadir

Puas menafi bisikan di hati

Namun tak terdaya

Untuk mnghalang rindu

     

Aku pendam rasa

Dan menjadi teman

Engkau ingin ku miliki

Namun aku tidak mampu

Untuk memiliki cinta

Yang semulia sepertimu

      

Dikaulah bidadari

Temani tiap mimpi

Diriku diselubung rindu

      

Rasa penuh prasangka

Dia penguat jiwa

Kita pinta takdirnya

Pergilah sepi

     

Bulan bisik padanya

Benar ku cinta dia

Kau hidupkanlah rasa ini

     

Dikaulah bidadari

Temani tiap mimpi

Sungguh aku rindu

     

Cinta penuh prasangka

Kuatkanlah hatiku

Agar ikatan ini terjalin

      

Bulan bisik padanya

Benar ku cinta dia

Satukanlah

Satukan rasa

     

Kredit video: Youtube Seventeen Eleven Music

       

Info

  • Khai Bahar meletakkan Siti Nordiana atau Nana sebagai salah seorang penyanyi pujaannya. Nana juga merupakan artis pertama diimpikannya sebagai rakan duet dalam lagu rakaman studio.
  • Sebelum ini Khai mendapat peluang keemasan berkolaborasi bersama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti menerusi single Cinta Syurga yang juga lagu Comel Pipi Merah dalam versi zikir.
  • Terlebih dahulu, Khai dan Nana masing-masing merangkul trofi utama di Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) menerusi kategori Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita).
  • Pasangan itu menggunakan aplikasi Smule sebagai kaedah memperkenalkan jenama duet mereka kepada pendengar muzik, menerusi nyanyian lagu cover hits era 2000-an 'Achik-Nana' seperti Memori Berkasih, Gurauan Berkasih dan Resipi Berkasih.
  • Lain-lain lagu duet Nana bersama arwah Achik yang juga vokalis kumpulan Spin itu, di zaman kegemilangan mereka, seperti Restu, Paling Comel, Mainan Cinta, Benang Emas, Tatasuria dan banyak lagi.

       

lirik lagu satukan rasa siti nordiana khai bahar 2

Kredit foto: Instagram @sitinordiana

      

Sumber:

1. BH Online

2. Mstar

3. Astro Gempak

4. Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)