Pada hari ini, tiada seorang pun yang berfikiran waras akan memilih untuk membuat pengambaran filem berhampiran dengan tapak ujian nuklear yang aktif. Seorang pakar genetik Amerika iaitu Herman Joseph Muller mendapati bahawa, pendedahan berpanjangan kepada radiasi nuklear boleh memberikan kesan yang amat berbahaya kepada kesihatan manusia.

Pada awal tahun 1950-an, sememangnya diketahui bahawa letupan nuklear menghasilkan jumlah radioaktif yang tinggi dan ia berpotensi untuk membunuh.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Akan tetapi, pengeluar filem The Conqueror yang dihasilkan pada tahun 1956 tetap memutuskan untuk membuat pengambaran berdekatan sebuah bandar terpencil St. George di padang pasir Utah. Tapak pengambaran itu hanya seratus batu dari Tapak Ujian Nuklear Nevada yang terkenal.

tapak ujian nuklear nevada

Tapak Ujian Nuklear Nevada

Kira-kira sebanyak 100 bom nuklear pelbagai jenis telah diletupkan oleh Atomic Energy Commission (AEC) di Tapak Ujian Nevada sepanjang tahun 1951 hingga 1962. Pada tahun 1953 sahaja, 11 ujian nuklear atmosfera telah dijalankan di kawasan itu sebagai sebahagian daripada Operasi Upshot-Knothole.

Letupan yang menyerupai awan cendawan gergasi itu adalah setinggi puluhan ribu kaki di udara. Angin yang kuat juga telah membawa zarah radioaktif ke arah padang pasair Utah.

Amerika Syarikat ketika itu terlibat dalam Perang Dingin dengan Kesatuan Soviet. Kedua-dua negara itu berlumba-lumba membina senjata terkini termasuk senjata nuklear. Bandar kecil St. George itu juga merupakan tempat kediaman bagi keluarga penganut agama Mormon.

susan hayward dan john wayne

Susan Hayward dan John Wayne

Ketika penggambaran filem The Conqueror bermula pada tahun 1954, bukit-bukit tandus di sekitar pekan St George itu berkemungkinan besar diliputi dengan lapisan debu nuklear yang membunuh.

The Conqueror adalah sebuah filem yang menggambarkan hubungan cinta yang bergelora antara ketua pahlawan Mongol bernama Temujin dan anak perempuan musuh ketatnya. Filem ini memaparkan pelakon terkenal era itu seperti John Wayne, Susan Hayward dan Pedro Armendariz.

Walaupun filem itu dibintangi oleh pelakon berprofil tinggi dan mencapai kejayaan box office, filem itu sebenarnya adalah satu kegagalan besar. Mungkin kerana lakonan Wayne dan Hayward yang teruk dan tidak menggambarkan perwatakan sebenar Temujin dan kekasihnya itu. Malah, filem itu telah disenaraikan sebagai satu daripada 50 filem terburuk sepanjang masa pada tahun 1978.

the conqueror

Akan tetapi, Wayne dan Hayward tidak terlalu kecewa dengan komen keras yang dikeluarkan para pengkritik pada masa itu. Ini kerana mereka berdua sangat popular dan kaya, jadi mereka hanya meneruskan kerjaya lakonan mereka.

Malangnya, hakikat bahawa penggambaran filem The Conqueror itu dilakukan berhampiran tapak ujian nuklear telah memberi kesan kepada kesihatan dan kehidupan mereka secara berkekalan.

Daripada 220 orang yang terlibat dalam produksi The Conqueror, 92 orang telah meninggal dunia akibat kanser termasuk Wayne, Hayward dan Armendariz. Ketika penggambaran filem itu dilakukan, pihak berkuasa telah melabelkan bahawa tapak itu selamat daripada sebarang kesan buruk radioaktif walaupun tahap radiasi adalah tidak normal ketika kawasan itu diperiksa.

the conqueror 2

Penyelidikan moden juga menunjukkan bahawa tanah di beberapa kawasan di sekitar bandar St. George juga kekal bahaya sehingga tahun 2007. Oleh itu, hakikat bahawa hampir separuh daripada pelakon dan kru meninggal dunia akibat kanser bukanlah satu kebetulan tetapi hasil daripada pendedahan radiasi yang berpanjangan.

John Wayne pertama kali menghidap kanser paru-paru dan kemudian dia meninggal dunia akibat kanser perut pada Jun 1979. Walaupun rakan-rakan cuba meyakinkan bahawa keadaannya itu adalah akibat pendedahan radiasi pada set The Conqueror, Wayne berdegil dan mendakwa ia adalah akibat tabiat buruknya menghisap sebanyak enam kotak rokok sehari.

Anak-anak Wayne iaitu Patrick dan Michael yang pernah melawat set penggambaran itu pada tahun 1954, kedua-duanya menghidap tumor namun mereka telah membuangnya melalui pembedahan.

john wayne dan dua orang anaknya

John Wayne dan anak-anaknya, Patrick dan Michael

Manakala Susan Hayward pula, dia telah memenangi Anugerah Akademi pertamanya pada tahun 1958 selepas dua tahun The Conqueror ditayangkan. Dia memenangi anugerah itu menerusi lakonannya sebagai seorang banduan bernama Barbara Graham dalam filem terkenal I Want To Live!. 

Lima belas tahun kemudian, kerjayanya tiba-tiba berakhir apabila dia telah didiagnos dengan kanser otak. Penyakit itu juga mungkin disebabkan pendedahan kepada tahap radiasi yang tinggi. Hayward meinggal dunia pada tahun 1975 ketika berusia 57 tahun.

Filem The Conqueror itu dihasilkan oleh penerbit dan ahli perniagaan terkenal, Howard Hughes. Pada awal 1970-an, Hughes sedar bahawa mereka yang terlibat dalam penghasilan filem itu kebanyakannya sakit dan meninggal dunia.

howard hughes

Howard Hughes

Oleh kerana dia adalah orang yang meluluskan agar pengambaran dilakukan di tapak berhampiran bandar St. George dan tahu bahawa tempat itu berkemungkinan bahaya, dia berasa sangat bersalah dan membayar sebanyak USD 12 juta untuk membeli kesemua salinan filem yang masih ada di pasaran.

Walaupun tidak dapat dibuktikan dengan tepat bahawa kanser yang membunuh separuh pelakon dan kru filem The Conqueror itu dikaitkan dengan lokasi penggambarannya, pakar berpendapat bahawa kes kematian mereka tidak boleh dianggap sebagai kebetulan semata-mata.

Rujukan:

1. The Guardian

2. How Stuff Works

3. Gas Detection




Hakcipta iluminasi.com (2017)